HaiwanLuar Negara
Gara-Gara Terkena Perangkap Di Indonesia, Belalai Anak Gajah Dipotong!
GARA-gara terkena perangkap yang dipasang oleh pemburu gading, belalai seekor anak gajah terpaksa dipotong.
Kejadian berlaku di sebuah hutan di kepulauan Sumatera, Indonesia.
Pihak berkuasa pada Isnin berkata, anak gajah malang itu ditemui dalam keadaan lemah selepas ditinggalkan kumpulannya.
Anak gajah betina itu adalah daripada spesis gajah Sumatra yang berusia satu tahun dan merupakan antara 700 gajah Sumatra liar yang ada di kepulauan tersebut.
Kegiatan pemburuan haram makin meningkat selepas ramai yang terkesan akibat Covid-19 sehingga memaksa mereka kembali melakukan kegiatan itu.
Kesatuan antarabangsa bagi pemuliharaan alam antarabangsa telah mengistiharkan gajah Sumatera sebagai spesis terancam kepada semakin terancam. – SM.