Ekonomi

Gara-Gara Saiz Ayam Mengecil Namun Harga Melambung, Ini Luahan Penggguna!

Kenaikan harga ayam di pasaran masih panas yang tidak seimbang dengan saiznya yang semakin mengecil menimbulkan pelbagai keluhan.

Tinjuan Suara Merdeka di Pasaraya Cheras mendapati rata-rata pelanggan berdepan dengan kesukaran atas permasalahan yang terjadi.

Seorang peniaga ayam penyet, Nur Aini, 47, berkata, dia buntu apabila hendak menaikkan harga jualan atau sebaliknya kerana tidak boleh berbuat apa-apa.

“Saya terpaksa menjual pada harga biasa. Kalau kita naikkan harga jualan pun susah juga. Takut ada pelanggan yang beri aduan.

“Pada pendapat saya, turunkanlah harga itu sedikit kerana kadang-kadang saiz ayam tidak sesuai dengan harga, ayamnya kecil,” kata Nur Aini.

Nur Aini berkata demikian kepada Suara Merdeka dalam satu tinjauan berhubung dengan permasalahan harga dan bekalan ayam.

Seorang penjawat awam, Zul, 36, tutut kecewa tentang isu kenaikan harga ayam kerana ia serba sedikit menjejaskan untuk kegunaan harian.

“Memang agak teruk untuk kegunaan harian. Lebih-lebih lagi kepada peniaga kalaulah harga ayam yang dijual melebihi harga pasaran.

“Apa-apa pun kita sebagai rakyat cuma boleh harapkan kerajaan teliti permasalahan ini dan tangani isu harga dengan segera,” katanya.

Seorang suri rumah, Murni Haji, 63, mempersoalkan kenaikan harga ayam mampu memberi kesan kepada harga sayur-sayuran atau sebaliknya.

“Kalau hendak beli ayam, ayam sentiasa habis dan kalau ada pun, harganya terpaksa kami reda dan terpaksalah membeli ikut kemampuan.

“Tetapi yang melebih mengejutkan, harga sayur-sayuran seperti tomato, bendi dan kacang panjang pun naik sampai RM12 sekilo,” ujarnya. – SUARA MERDEKA

(Visited 101 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button