Mahkamah

Gara-gara RM320, bekas pegawai kerajaan didenda RM4,000

MELAKA 12 Jan. – Hanya kerana RM320 seorang bekas Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Alor Gajah didenda sebanyak RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka di sini hari ini.

Tertuduh, Fatihah Azmi, 34, mengaku bersalah di hadapan Hakim Elesabet Pa Wan di atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM320 tanpa balasan daripada seorang individu yang diketahui mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi lima tahun lalu.

Mengikut pertuduhan pertama tertuduh didakwa menerima wang tunai RM200 dan kesalahan itu dilakukan di Jalan Tun H.S Lee, Kuala Lumpur pada 5 November 2017.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang sama apabila menerima RM120 di Taman Cheng Baru Melaka pada 6 November 2017.

Dia didakwa memperoleh suapan berupa wang tunai RM200 dan RM120 daripada pemilik syarikat MYJ Enterprise, Mohd. Yusri Jaafar yang telah menjalankan perniagaan perkhidmatan pembekalan makan dan
minum.

Setelah pengakuan tersebut dibuat, Hakim Elesabet Paya Wan menetapkan hukuman denda RM2,000.00 dan penjara selama dua bulan jika gagal membayar denda berkenaan bagi setiap pengakuan pertuduhan.

Pengakuan bersalah itu dibuat tertuduh selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan hakim.

Dalam penghakimannya, Elisabet memerintahkan tertuduh yang sebelum ini bertugas di Jabatan Perpaduan
Negara dan Intergrasi Nasional Alor Gajah, Melaka di penjara dua bulan jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, tertuduh membayar denda berkenaan.

Fatihah dikenakan hukuman tersebut di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), A. Kalai Vani manakala tertuduh diwakili peguam, Azrul Zulkifli Stork.

(Visited 383 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button