NegeriSukan

Zulkifli Said juara kejohanan golf Piala Presiden KGP Perlis

ZULKIFLI Said muncul sebagai juara pada kejohanan golf merebut Piala Presiden Kelab Golf Putra (KGP) Perlis 2024 di KGP Perlis, Sungai Batu Pahat pada 20 dan 21 Januari 2024.

Tuanku Syed Sirajuddin berkenan mengucapkan tahniah kepada pemenang hadiah cabutan bertuah sambil diperhati Tuanku Syed Faizuddin Putra pada kejohanan golf merebut Piala Presiden KGP Perlis 2024 di KGP Perlis, Sungai Batu Pahat, Kangar

Pertandingan pembuka tirai kalendar tahun ini anjuran KGP Perlis bersempena kempen Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025 tersebut telah berjaya menarik penyertaan seramai 110 pemain golf dari Perak, Kedah, Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Perlis sendiri.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Presiden KGP Perlis berkenan berangkat menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi kategori-kategori utama pertandingan tersebut.

Tempat kedua bagi Medal A selepas Zulkifli dan turut mendapat 39 Mata OCB diperoleh oleh Mohd Sharol Musa dan tempat ketiga
pula Hariz Hezri.

Hadiah Medal B dimenangi oleh Nik Nazreen, tempat kedua, Datuk Adon dan tempat ketiga, Jimmy Looi.

Tuanku Syed Sirajuddin berkenan mengurnia “The Most Senior Golfer” kepada Mohd Radzi Sheikh Ahmad sambil diperhati Tuanku Syed Fazudin Putra pada kejohanan golf merebut Piala Presiden Kelab Golf Putra (KGP) Perlis 2024 di KGP Perlis, Sungai Batu Pahat pada 20 dan 21 Januari lalu.

Kategori Tetamu Khas jatuh kepada Johan iaitu Brigadier Jeneral Datuk Mohd Zaini Hashim, Naib Johan, Wan Zikri dan tempat ketiga, Ahmad Irwan Baharudin.

Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad pula dianugerahkan dengan Hadiah The Most Senior Golfer.

Pertandingan ini mendapat tajaan pelbagai pihak termasuklah Richiamo Coffee sebagai pembekal minuman sepanjang kejohanan dan juga Kurma Daging Perlis di majlis penutupan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan piala kepada Zulkifli Said setelah muncul juara pada kejohanan Agolf (KGP) Perlis 2024 di KGP Perlis, Sungai Batu Pahat dekat Kangar

Ia turut menawarkan Grand Lucky Draw berupa sebuah televisyen berukuran 55 inci. – SM

BACA Anson, Jing Xuen muncul juara Kejohanan Johor Junior Golf Masters 2023

(Visited 152 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button