Mahkamah

Gara-gara maki polis, lima sekeluarga didenda RM12,500

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 2 Jun – Gara-gara mengeluarkan kata-kata kesat serta menghalang tugas polis, lima sekeluarga didenda RM12,500 oleh Mahkamah Majistret, Ayer Keroh di sini hari ini.

Bagaimanapun, kesemua tertuduh mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di
hadapan Majistret Nabihah Mohd. Noor.

Kesemua tertuduh terdiri daripada Zakaria K.V Raja, 60, menantunya, Putrawirawan Irwan, 40, serta tiga anaknya, Nor Ain, 36, Ahmad Hafizi, 25, dan Ahmad Hafizan, 19, masing-masing didenda RM2,500 setiap seorang.

Bagaimanapun, seorang cucu Zakaria, berusia 15 tahun walaupun membuat pengakuan bersalah tetapi mahkamah
menangguhkan hukuman serta menetapkan tarikh 4 Julai depan bagi serahan laporan akhlak daripada Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kesemua tertuduh didakwa dengan sengaja menghalang tugas empat anggota polis di kawasan kompaun Balai
Polis Batu Berendam kira-kira pukul 1 pagi pada 26 Mac lalu.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama yang
memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya jika sabit
kesalahan.

Mengikut fakta kes, pengadu yang juga anggota polis cuba meleraikan kekecohan yang dicetuskan sekumpulan
individu.

Namun salah seorang daripada mereka bagaimanapun mengeluarkan kata-kata kesat dan ugutan hingga polis
terpaksa menahan kesemua tertuduh.

Kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu meringankan hukuman dengan pelbagai alasan antaranya
termasuk menghidap sakit kronik, perlu menyara empat anak yang masih bersekolah dan tidak bekerja.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Ehsan Nasarudin.

(Visited 221 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button