Nasional

Festival filem pelajar malaysia medan terbaik serlah bakat kreatif mahasiswa

Filem ‘ Message In The Bottle ‘ arahan Leonard Lai dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) mengungguli Anugerah Filem Terbaik Keseluruhan sempena Majlis Anugerah Festival Filem Pelajar Malaysia ( FFPM) Ke- 13 sekali gus merangkul hadiah dana geran bernilai RM10,000.

Selain itu, ASWARA turut merangkul Anugerah Pelakon Harapan menerusi Amy Latif; Anugerah Pengarah Harapan (Leonard Lai) “Message in a Bottle” Anugerah Skrip Terbaik, Anugerah Filem Pendek Terbaik (“Message in a Bottle”) Anugerah Filem Dokumentari Terbaik (“Poster Prelude To A Movie”.

Produksi filem ‘ Message In The Bottle “ dari ASWARA menerima hadiah Anugerah Filem Terbaik Keseluruhan daripada Abdul Razak ( dua dari kiri) sambil disaksikan Md Nasir (kiri sekali) dan Md Amin (kanan)

FFPM Ke-13 yang berlangsung Rabu lalu dianjurkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi medan terbaik menyerlahkan bakat kreatif mahasiswa negara.

Menurut Ketua Setiausaha Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), penganjuran program FFPM Ke-13 2022 adalah julung-julung kali di daerah Muallim direalisasikan sempena Sambutan 100 tahun Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Persembahan pembukaan oleh para pelajar Fakulti Muzzik dan Seni Persembahan UPSI yang memukau hadirin

“Penganjuran FFPM ini berupaya memacu tujuh strategi utama yang digariskan dalam Rangka Tindakan Kesejahteraan Pendidikan Tinggi atau Sejahtera IPT melalui Amanat Menteri Pengajian Tinggi (2022) iaitu Mengukuhkan Ekosistem Kampus yang Selamat, Memperkukuhkan Kebolehpasaran Graduan, Memperkasakan Agenda Pendigitalan, Memantapkan Jaringan Kolaborasi Strategik, Memacu Kesejahteraan Komuniti, Mempersada Kecemerlangan Institusi dan Menyemarak Semangat #KPTPrihatin,” jelasnya ketika ucapan aluan Malam Kemuncak Anugerah FFPM di Dewan Tuanku Canselor,” katanya.

Menurut Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff, FFPM Ke-13 yang berlangsung selama tiga hari di UPSI bermula 18 Oktober hingga 19 Oktober 2022 itu padat dengan pengisian seperti bengkel videografi, forum bicara perfileman yang menampilkan nama-nama besar seperti Datuk Rosyam Noor, Datuk Yusry Halim dan ramai lagi penggiat seni tanahair.

Sebahagian penonton yang menyaksikan FFPM 13 di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City.

“Festival kali ini telah mendapat lebih 280 penyertaan daripada para pelajar IPT, menampilkan empat kategori utama iaitu Filem Animasi, Filem Dokumentari, Filem Iklan (Khidmat Masyarakat), Filem/ Video Eksperimen, Filem Pendek, Klip Video/ Muzik Video dan Anugerah Keseluruhan Terbaik dalam kalangan mahasiswa institut pengajian tinggi (IPT) di Malaysia ini merupakan platform terbaik ke arah menyerlahkan bakat kreatif dan inovatif generasi muda agar setanding dengan karya industri kreatif di peringkat antarabangsa,” jelasnya.

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) memenangi Anugerah Penataan Bunyi Terbaik (” The Last Straw”); Anugerah Penataan Seni Terbaik -“Blank” ( IKBN Kuala Langat); Anugerah Penyunting Terbaik-“Echoless” (UPSI); Anugerah Kostum & Props Terbaik -“Pandanglah Sini , Ah Boy” ( Universiti Sains Malaysia); Anugerah Kesan Khas Terbaik-“Kasam’ ( UPSI); Anugerah Grafik Terbaik-“Unleash ” ( UCSI); Anugerah Skor Muzik Terbaik-“Jenguk” (UPSI).

Penyanyi popular, Aman Aziz turut membuat persembahan pada FFPM13.

Anugerah Khas Juri Pertama dimenangi UPSI menerusi filem “Pelita” ( UPSI); kedua, ” The Heart of Alor Setar: Masjid Zahir ( University Antarabngsa Al Bukhary) dan ketiga , ” Di Sebalik Wajah”( UPSI).

UPSI turut meraih Anugerah Sinematografi Terbaik menerusi “Kasam”, manakala UNIMAS memenangi Anugerah Video Klip/ Muzik Video Terbaik- “Jonggan Abadi” ; Anugerah Filem & Video Eksprimental Terbaik- ” Blank” (IKBN, Kuala Langat); Anugerah Filem Iklan Terbaik-” Lengai” (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan Anugerah Filem Animasi Terbaik -“Kampong ” oleh Universiti Teknologi Mara(UiTM).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Prof Dr Md Nasir Ibrahim, penganjuran FFPM merupakan acara tahunan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada hasil kerja kreatif para pelajar IPT di Malaysia dalam konteks produk kandungan kreatif selaras dengan arus perkembangan pesat industri kreatif pada hari ini.

Hadir sama Ahli Lembaga Pengarah Universiti (Alumni), Datuk Ahmad Burak, Timbalan-timbalan Naib Canselor serta pengurusan tertinggi universiti.

(Visited 630 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button