Politik

Cukai RM1.69 bilion adalah helah Guan Eng?

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak mendakwa cukai RM1.69 bilion yang dikenakan kepadanya adalah tidak wajar.

Menurutnya, cukai tersebut sepatutnya tidak boleh dikenakan kerana dana RM2.6 bilion yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad dijadikan sebagai pendapatan negara.

Jelas Najib, wang tersebut tidak boleh dijadikan sebagai pendapatan yang menyebabkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengenakan cukai.

Justeru, beliau mempersoal kenyataan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang dipercayai mempengaruhi LHDN terhadap dana RM2.6 bilion itu.

“LHDN di bawah Kementerian Kewangan.

“LHDN yang buat tuntutan terhadap saya itu adalah semasa dia Menteri Kewangan dan Tony Pua pula ialah penasihat untuk LHDN.

BACA > Bilangan kes Covid-19 terus meroket, dua kluster baharu – Suara Merdeka

“Sebab itu, saya cabar dia untuk buat sesi penerangan live bersama saya.

“Saya nak tanya dia kenapa dana yang disebut RM2.6b masih dikira sebagai pendapatan walaupun telah dikembalikan kepada penghantar 4 bulan kemudian.”

Demikian persoalan yang ditimbulkan Ahli Parlimen Pekan itu terhadap Guan Eng menerusi kenyataannya dalam Facebook hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga menjelaskan cukai berjumlah RM1.69 bilion seperti disaman LHDN adalah tambahan penalti.

Menurutnya, perkara tidak boleh dilakukan badan berkanun itu memandangkan hak untuk pertikai cukai tidak dibenarkan.

“Dan lepas itu, ianya dikenakan denda penalti 10 peratus tambah lima peratus pula sehingga sampai ke RM1.7 bilion.

BACA > UMNO-Muhyiddin: MT ada kuasa pertimbang – Annuar – Suara Merdeka

“Saya nak dia jelaskan kenapa permohonan saya kepada Panel rayuan cukai pada April 2019 untuk mempertikaikan tuntutan cukai ini tidak pernah dibenarkan

“Walaupun ini adalah hak pembayar cukai di bawah akta cukai,” tegasnya.

Oleh demikian, beliau mendakwa, situasi yang dihadapi beliau adalah satu bentuk salah guna kuasa yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Bagan ketika menjadi Menteri Kewangan.

https://www.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10157234803275952/?type=3&theater

Justeru beliau mencabar Guan Eng supaya membuat satu sesi forum bersamanya berhubung cukai tersebut dan dana RM2.6 bilion.

“Sebab itu, saya cabar dia untuk buat sesi penerangan live bersama saya.

“Beranikah dia nafikan perkara-perkara di atas?

BACA > Presiden UMNO tiba di Sabah – Suara Merdeka

“Beranikah dia bersemuka dengan saya untuk bersama-sama meniliti dokumen-dokumen tuntutan cukai zaman dia ke atas saya secara live?” cabar Najib.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi membenarkan perintah yang keluar diteruskan terhadap saman daripada LHDN kepada Najib.

LHDN dalam saman tersebut menuntut supaya bekas Presiden UMNO membayar cukai tertunggak sebanyak RM1.69 bilion.

Sementara itu, Guan Eng dalam Facebooknya hari ini mengeluarkan kenyataan menyindir Najib supaya membayar cukai bagi mengurangkan beban kewangan negara.

“Saya rasa akan kurang ‘cacat’ sikit, sekiranya Najib  bayar balik RM1.69 bilion cukai kepada LHDN untuk kurangkan beban kewangan negara,” katanya.

Namun sindiran itu dibalas Najib dengan satu sindiran lain yang menyentuh masalah kelewatan Guan Eng tiba di pejabat SPRM.

BACA > Tayar kereta Guan Eng pancit ketika menuju ke pejabat SPRM – Suara Merdeka

“Dia lewat 2 1/2 jam untuk disoal SPRM akibat tayar pancit.

“Tetapi dia sempat lagi nak cuba troll saya walaupun dia sedang dalam sesi soalsiasat SPRM?” soalnya. – SM

(Visited 99 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button