Mahkamah

Gara-gara guna perkataan ‘halal’ wanita didenda RM10,000

MELAKA 3 Februari – Gara-garamenggunakan perkataan halal di menu makanan, seorang wanita didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini.

Tertuduh, Joanne To Mei Ting, 30, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badurddin.

Mengikut pertuduhan dia didakwa memperakui lapan menu makanan yang dijual di premis miliknya tertera perkataan ‘halal’ sedang perkara tersebut tidak diperakui oleh pihak berkuasa.

Tertuduh melakukan kesalahan tersebut di Jalan Kampung Pantai, kira-kira pukul 6.30 petang pada 5 Mac 2021.

Dia melakukan kesalahan di bawah Perenggan 8(a) Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan boleh dihukum di bawah Perenggan 8(b) perintah sama.

Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-keduanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),
Syazwani Zawawi.

Tertuduh pula tidak diwakili peguam telah mengemukakan rayuan dan permohonan maaf serta meminta agar hukuman ke atasnya diringankan dengan alasan perlu menanggung anak dan ibu serta perniagaanya terjejas akibat pandemik Covid-19.

(Visited 524 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button