Politik

ADUN DAP anggap ahli sokong Dr. M sebagai pengkhianat parti

AHLI Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CCC) DAP Datuk Teng Chang Khim mengeluarkan kenyataan keras terhadap ahli parti itu yang menyokong  Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan.

Teng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang berkata, ahli parti DAP yang mendakwa sebagai berpandangan besar, pragmatik dan menyokong Dr. Mahathir menjadi calon  perdana menteri sebagai pengkhianat kepada perjuangan parti.

“Saya akan menganggap barang siapa yang masih mendakwa dirinya berpandangan besar, pragmatik dan menyokong Dr M menjadi PM PH++ sebagai pengkhianat kepada perjuangan parti,” ciap Teng di Twitternya.

Beberapa pemimpin DAP sebelum ini  termasuk Penasihan DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke Siew Fook  menyokong Dr. Mahathir sebagai calon PM-9 untuk jangka pendek.

Pada 19 Jun lalu media melaporkan Anthony dalam kenyataan bersama Setiausaha Agung Amanah, Khalid Abdul Samad, menegaskan DAP dan AMANAH mahu Pakatan Harapan (PH) memilih Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal memperoleh sokongan.

Dalam kenyataan bersama itu, kedua-dua parti itu berkata, Anwar hanya dijangka mampu mendapat sokongan maksimum 96 Ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri, sementara usaha Presiden PKR itu untuk menarik sokongan dari Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) juga tidak berjaya selepas tempoh dipersetujui tamat.

Kit Siang pada 23 Jun pula berkata, DAP dan Amanah tidak pernah meninggalkan Presiden PKR Anwar Ibrahim dan memihak kepada Pengerusi Bersatu yang dipertikaikan Dr Mahathir Mohamad, kata Lim Kit Siang.

Jelas veteran DAP itu, gesaan kedua-dua parti agar Dr Mahathir diberi tempoh mengetuai kabinet – selama enam bulan – dibuat kerana berpendapat ia adalah cara paling pasti untuk membawa Anwar menjadi perdana menteri.

“Persoalan yang timbul dalam minda kebanyakan orang sejak seminggu lalu ialah mengapa DAP dan Amanah telah meninggalkan Anwar dan memilih Mahathir. Mereka salah.

“DAP dan Amanah tidak pernah mengetepikan Anwar demi memihak kepada Mahathir, kerana ia (pelan peralihankuasa itu) adalah cara paling pasti untuk Anwar menjadi perdana menteri,” katanya dalam satu kenyataan.-SM

(Visited 264 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button