Nasionalpilihan

Gara-Gara Bersihkan Kubur J.W.W. Birch, FB Lembaga Muzium Negeri Perak Berdepan Kritikan!

Menjaga warisan dan sejarah bangsa adalah sesuatu yang sangat molek kerana ia memberi peluang kepada generasi akan datang mengetahui kisah-kisah silam berkait dengan tokoh atau lokasi.

Mengambil pendekatan itu, Lembaga Muzium Negeri Perak tampil melakukan kerja-kerja pembersihan ke atas kubur J.W.W. Birch yang ada dalam negeri itu dan ia dikritik ramai.

Terdahulu Pengerusi Pembangunan Komuniti Perak Tengah, Nordin Abdul Malek berkata, keadaan kubur itu yang tidak dijaga dengan baik tidak sepatutnya berlaku bukan sahaja dari aspek pelancongan tetap juga dari aspek sejarah.

Menurutnya, ini kerana penentangan orang Melayu sehingga Birch terbunuh merupakan sejarah negara yang mempunyai kaitan dengan sejarah perjuangan orang Melayu di sini menentang penjajah.

“Kubur ini wajar dijaga kerana ia berkait rapat dengan sejarah negara, rentetan daripada kisah perjuangan orang-orang Melayu dalam mempertahankan agama, bangsa dan kedaulatan tanah air daripada penjajah.

“Jangan kerana ini kubur milik seorang yang dianggap musuh maka tidak ia perlu dijaga, memandang rendah dan mengabaikan kisah sejarah yang menjadi simbol kepada generasi akan datang.

“Dalam hal ini kita boleh ambil contoh negara lain seperti Perancis yang mana kubur tentera Nazi dijaga dan dijadikan kawasan peringatan peristiwa sejarah sedih oleh negara itu sewaktu ditakluki tentera Nazi Jerman,” katanya.

Nordin berharap pihak yang berkenaan mengambil inisiatif untuk memulihara kawasan perkuburan itu sebagai tarikah pelancong.

Katanya, ini boleh dilakukan dengan membina galeri atau maklumat sejarah kisah penentang orang-orang Melayu keatas pihak British sehingga menyebabkan Birch dibunuh.

Maka seperti biasa, apabila ada seseorang mengadu kepada media, barulah tiba-tiba ‘eh, boleh buat pula’, dan kubur Birch dibersihkan sebaik mungkin ibarat pahat dengan penukul.

Bayangkan, rumah tokoh pejuang Datuk Maharajalela pun terbiar sehingga 10 tahun dan apabila mendapat aduan, nak kena mengadu juga baru nampak, barulah bajet baik pulih diturunkan.

Kerja baik pulih dilakukan selepas kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM300,000 selepas laporan mengenai kea­daan rumah itu yang terbiar sehingga banyak bahagian rumah rosak te­ruk disiarkan akhbar ini sebelum ini.

Nordin me­nyambut baik usaha baik pulih dilaksanakan kerajaan negeri yang akhirnya berjaya memulih­kan keadaan rumah tokoh pejuang negara itu.

“Ini adalah bukti dan antara komitmen yang dijalankan pelbagai pihak seperti Jabatan Wa­risan dan Muzium serta kerajaan negeri membangunkan semula rumah ini.

“Kita melihat pembangunan ini sebagai kesedaran kepada masyarakat dan kerajaan tentang perlunya memelihara ikon nasionalisme di seluruh negara,” katanya.

Nordin berharap selepas rumah itu dibaik pulih, tidak lagi berlaku rumah itu terbiar.

Katanya, pihak berkenaan perlu memastikan rumah itu dijaga sepenuhnya.

“Saya berharap rumah ini dijaga dengan cara diletakkan dalam satu jabatan atau orga­nisasi yang tersusun, teratur kerana sebelum ini berlaku tolak menolak mengenai penyelenggaraannya.

“Ada yang kata di bawah Jabatan Warisan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di bawah bidang kuasa Kurator Muzium, sebab itu rumah ini terbiar,” katanya.

 

(Visited 763 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button