Nasional

Gara-gara seorang positif Covid-19, 142 pelajar MRSM Lipis kena kuarantin

SEBANYAK 142 pelajar tingkatan lima Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lipis telah dikuarantin selepas seorang daripada mereka positif Covid-19 semalam.

Semua pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikuarantin di Institut Latihan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (I-KPKT) Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.

Sementara dua pelajar lelaki dikuarantin di asrama.

“Pemindahan ke I-KPKT dilakukan untuk keselamatan selepas ada kes positif dan melihat situasi yang mana daripada 20 orang yang bergejala meningkat kepada 30 orang dalam tempoh 10 hari.

“Setakat pagi ini terdapat tiga lagi pelajar yang dikuarantin di I-KPKT positif Covid-19 dan dihantar ke Hospital,” kata Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Pahang, Mohd. Zairasyahli Shah Zakaria

Pelajar berkenaan dipindahkan daripada asrama MRSM Lipis ke I-KPKT menggunakan bas  dan diiringi pihak polis bagi memastikan aspek keselamatan.

Pelajar yang dikuarantin itu juga turut diiringi tiga guru pengiring dibawa bagi menjaga kebajikan mereka.

(Visited 1,215 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button