fbpx
Nasional

Gantung sementara visa percuma pelancong China, peka keselamatan rakyat, kata Najib

TERDAPAT keperluan untuk Malaysia  mengantungkan sementara pengeculian visa percuma untuk pelancong dari negara China bagi satu tempoh yang munasabah bagi mengurangkan pelancong dari China.

Menurut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pendirian itu diambil bagi memastikan kemasukan pelancong dari China dapat dikawal sepenuhnya dan diperiksa dengan lebih teliti terutama status kesihatan berikutan penularan virus maut koronavirus.

Najib berkata, selain mengambil kira terhadap sektor pelancongan kerajaan perlu juga mengambil ancaman kesihatan terhadap rakyat.

“Kita juga perlu ambil kira keselamatan rakyat negara ini. Jutaan rakyat Malaysia bergantung terhadap sektor pelancongan. Melalui penggantungan visa percuma ini, kita akan dapat pengawalan lebih baik terhadap pelancong yang akan masuk.

“Tempoh memohon visa ini juga akan menyekat mereka yang baru dijangkiti virus tetapi masih tidak ada tanda-tanda sakit,” kata Najib.


Tegas Najib, kebimbangan dan kesihatan Rakyat perlu diutamakan. Ancaman koronavirus bukan pertama kali Malaysia menghadapi ancaman seperti sedemikian.

Pada tahun 1998 Malaysia menghadapi wabak virus nipah yang berasal dari negara Malaysia dan  pada tahun 2003 Malaysia juga berjaya mengatasi virus SARS yang berasal dari negara China.

“Rakyat Malaysia perlu bertenang dan juga dinasihatkan untuk tidak berkunjung ke tempat-tempat awam yang ada ramai pelancong buat sementara waktu jika tidak ada keperluan mendesak.

“Kita perlu mengikut nasihat pihak kesihatan dalam memastikan kita tidak dijangkiti termasuk mengutamakan kebersihan diri,” kata Najib.

Justeru Najib meminta kerajaan lebih serius terutama meningkatkan jumlah mesin pengimbas suhu di pintu masuk negara ini sama ada udara mahupun darat.

 Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak bercadang menghentikan pengecualian visa selama 15 hari, yang diperuntukkan untuk pelancong dari China, meskipun Malaysia berdepan ancaman koronavirus.

Perdana Menteri sebaliknya berkata, kerajaan menerusi agensi berkaitan akan mempergiatkan langkah pencegahan, termasuk saringan di semua pintu masuk negara bagi mengekang penyebaran virus yang berasal dari Wuhan itu.

“Setakat ini tidak (akan tarik balik pengecualian visa), tetapi kita saring setiap pelancong yang masuk,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor hari ini.-SM

 

 

 

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button