Nasional

Gangguan bekalan air di 13 kawasan di Kuala Lumpur

PENGURUSAN Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa satu insiden paip pecah telah  Berlaku di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Kuala Lumpur.

Bagi memastikan kerja-kerja pembaikan paip dapat dilaksanakan, Air Selangor telah menutup bekalan air pada jam 11:30 pagi tadi, 9 November 2021.

Penutupan bekalan air ini telah menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan 13 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur. Senarai kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ini adalah seperti berikut:

  1. Taman Muda
  2. Taman Bukit Permai
  3. Taman Bukit Pandan
  4. Kg Cheras Baru
  5. Taman Mawar
  6. Taman Seraya
  7. Taman Mega
  8. Taman Bukit Teratai
  9. Taman Melur
  10. Taman Saga
  11. Taman Putra
  12. Pandan Mewah
  13. Taman Mestika

Kerja – kerja pembaikan dijangka siap sepenuhnya pada jam 11:30 pagi, 10 November 2021.

Para pengguna akan mula menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat selepas kerja-kerja siap dilaksanakan.

Air Selangor akan menggerakkan lori-lori tangki ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Para pengguna diharap dapat mematuhi penjarakan fizikal dan sentiasa memakai pelitup muka semasa  Pengambil bekalan air daripada lori-lori tangki ini.

Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300 untuk mendapatkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre di laman web  Www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.

(Visited 115 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button