Ekonomi

SCIB tamatkan projek di Indonesia

KUCHING 15 Feb. – Pakar kejuruteraan awam Sarawak Consolidated Industries Berhad (SCIB) mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, SCIB International (Labuan) Ltd. (SCIBILL), telah mengeluarkan notis penamatan kerja kepada PT Cipta Multi Sarana (PTCMS).

Notis penamatan itu melibatkan cadangan projek kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) yang membabitkan kerja-kerja tanah untuk jalan bertol Prabumulih-Muara Enim yang terletak di Sumatera, Indonesia bernilai RM55.59 juta.

SCIB dalam kenyataannya berkata, SCIBILL yang menerima surat anugerah bagi projek EPCC pada 18 Ogos 2020 daripada PTCMS, telah memutuskan untuk mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melindungi kepentingannya berikutan kekurangan kemajuan dalam projek tersebut akibat timbulnya ketidakpastian yang berkaitan dengan pandemik COVID-19 dan selain mengambil inisiatif untuk menyemak dan mengemaskini rekod buku pesanan SCIB.

“Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menamatkan kontrak dan melepaskan tanpa syarat dan melepaskan kedua-dua pihak dari semua tuntutan, liens dan perkara yang timbul berkaitan berkaitan dengan prestasi kerja-kerja dan semua pindaan terhadap kedua-dua pihak serta syarat kewajipan di bawah perjanjian penyelesaian yang SCIBILL dan PTCMS perlu patuhi,” katanya di sini hari ini.

Pengarah Urusan Kumpulan SCIB, Rosland Othman berkata, penamatan itu adalah demi kepentingan terbaik Syarikat kerana tiada kemajuan dan perkembangan di dalam projek itu.

Beliau berkata, di pihak PTCMS, ia telah mengakui bahawa tidak ada penalti atau ganti rugi tertentu yang dikenakan ke atas SCIBILL.

(Visited 63 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button