Hiburan

Kempen Apa Khabar Anak Seni? sebar kata-kata semangat, hulur bantuan

SEJAK pandemik Covid-19 melanda, antara yang terkesan ialah pekerja Industri Kreatif kerana arahan penutupan industri tersebut untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

Semalam, kempen Apa Khabar Anak Seni? iaitu satu inisiatif daripada Delegasi Anak Seni (DAS) untuk mengambil tahu dan bertanya khabar berkenaan pekerja industi yang terkesan.

Menurut DAS, Kempen itu juga adalah untuk mengambil maklum tentang keadaan mental, emosi, kewangan, juga kehidupan semasa pekerja Industri Kreatif dan bagaimana mereka menggunakan kemahiran seni kreatif masing-masing sewaktu pandemik ini atas sebab penutupan industri sekarang ini.

Penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha berkata, rata-rata mereka tidak dapat bekerja kerana industri kreatif ditutup sementara waktu disebabkan pandemik.

“Tiada persembahan tiada pengambaran, tiada kerja produksi. Jadi kita hebahkan kempen ini bertujuan untuk tanya khabar.

“Sejujurnya tersangat rindu untuk beraksi dan buat penggambaran. Melantunkan tenaga kreatif sesama anak seni. Kita doakan supaya satu hari kita boleh kembali berkarya,” katanya lagi.

Kempen ini juga adalah merupakan satu tanggungjawab sosial sesama pekerja IK dalam terus menghidupkan industri melalui pendekatan di media sosial.

Ia juga bertujuan membantu usaha pekerja IK yang sedang menggunakan alternatif lain dalam memberikan servis seni kreatif mereka.

Dengan penggunaan tanda pagar #ApaKhabarAnakSeni, diharap akan lebih ramai pekerja IK dapat berhubung sesama kita di samping menimbulkan kesedaran di kalangan masyarakat awamnya tentang nasib anak-anak seni di kala pandemik, sekaligus menjadi platform komunikasi dua hala antara pekerja IK dan pihak-pihak lain secara langsung atau tidak langsung.

“Saya percaya sebagai seorang anak seni, tugas kita lebih dari hiburan sahaja. Kita mencipta kisah sekarang, jadi mungkin suatu hari di masa hadapan, generasi akan datang boleh belajar darinya. Mudah-mudahan,” kata pelakon, Sharifah Amani

Ia menjadi tanggungjawab bersama bagi pekerja IK dalam memainkan peranan untuk menjaga kesejahteraan sesama kita, dan kempen ini menjadi satu ruang yang harmoni untuk pekerja IK terus menghasilkan produk kesenian sewaktu pandemik. -SM

(Visited 386 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button