Politik

Saya tak percaya kepada presiden – Noh

SATU lagi desakan supaya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan presiden UMNO.

Datuk Seri Noh Omar yang merupakan pengerusi perhubungan Selangor ketika ditemui wartawan meminta Zahid meletakkan jawatan dengan cara terhormat.

Sehubungan itu juga Noh turut meletakkan jawatan perhubungan negeri, tetapi kekal sebagai ahli majlis tertinggi.

Noh berkata, pada pilihan raya lalu beliau tidak dibawa berbincang, bahkan turut digugurkan sebagai calon.

Menurut Noh beliau tidak kecewa dengan keputusan itu, tetapi terkilan cara pelaksanaannya.

Justeru beliau telah hilang kepercayaan kepada Zahid.

Noh antara beberapa pemimpin UMNO yang mendesak Zahid meletak jawatan berikutan prestasi terburuk parti itu pada pilihan raya semalam.

 

(Visited 662 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button