Politik

KDN maklumkan Bersatu Selangor, ADUN ditahan polis

KEMENTERIAN Ddalam Negeri (KDN) memaklumkan tangkapan terhadap seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kepada Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari.

Perkaran itu dimakluman Abdul Rashid kepada media pagi tadi. Menurut beliau ADUN itu ditahan polis kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

“Kami sedang menunggu apa hasil siasatan kes ini. Saya juga sudah berbincang dengan Presiden Parti (Tan Sri Muhyiddin Yassin) semalam dan kami perlu menunggu siasatan polis.

“Apa hasil siasatan itu saya tidak tahu tetapi jika ada kes, tiada sesiapa melebihi undang-undang. Saya juga tidak tahu sama ada beliau kini berada di rumah atau di balai polis,” katanya ketika ditemui selepas program Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri di Dewan Jubli Perak, di sini, pagi tadi.

Media melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Adhif Syan Abdullah menafikan beliau ditahan polis membabitkan kes dadah di sebuah pusat hiburan semalam.

Tular di media sosial hari ini seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dan empat pegawai khas ahli politik, antara 17 individu ditahan polis dalam satu operasi

Berita Harian melaporkan, penahanan itu berpunca daripada laporan terhadap bunyi bising daripada sebuah parti persendirian di kondominium terbabit.-SM

.

(Visited 253 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button