Nasional

PN sokong inisiatif dalam Belanjawan 2024 demi masa depan rakyat – Hamzah

PERIKATAN Nasional (PN) akan sentiasa menyokong inisiatif-inisiatif baik dalam Belanjawan 2024 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lalu demi masa depan rakyat dan negara.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin juga menyarankan kepada kerajaan supaya sentiasa meningkatkan usaha dalam menstrukturkan semula ekonomi ke arah yang lebih progresif dengan penyertaan masyarakat secara menyeluruh di semua peringkat.
“Sebagai sebuah negara perdagangan yang sedang membangun, Belanjawan 2024 seharusnya bersifat mesra pertumbuhan, mesra perniagaan dan mesra rakyat.
“Kerajaan harus terus melaksanakan perancangan yang teliti dan penambahbaikan bagi memudahkan pelabur asing memperoleh akses kepada insentif dan kemudahan-kemudahan tertentu agar mereka dapat meningkatkan pelaburan mereka dari semasa ke semasa,” katanya ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini seperti yang dipetik daripada laporan BERNAMA.
Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut berkata Malaysia memerlukan enjin pertumbuhan ekonomi yang baharu serta perubahan dalam kerangka dan hala tuju ekonomi untuk membolehkan potensi sebenar ekonomi dioptimumkan.
“Adalah menjadi harapan PN untuk melihat ekonomi negara ini membangun sehingga diiktiraf sebagai paksi ekonomi dalam rantau ini sebelum tahun 2030.
:Sehubungan itu, PN menyeru kerajaan memberikan perhatian khusus kepada sektor-sektor ekonomi yang berpotensi dijadikan enjin baharu pertumbuhan negara. Ini termasuklah ekonomi masa hadapan, ekonomi digital, pendidikan, pelancongan, pertanian moden dan industri bernilai tinggi,” katanya. – SM
(Visited 144 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button