Hiburan

Irwansyah kerugian RM1.5 juta, adik palsukan tandatangan, dokumen

TIDAK pernah terlintas di fikiran adik sendiri sanggup menipu dan mencagarkan aset sehingga kerugian beribu-ribu ringgit.

Inilah yang terjadi kepada pelakon Indonesia, Irwansyah yang kerugian RM1.5 juta apabila ditipu oleh adiknya, Hafiz Fatur.

Irwansyah telah melaporkan perbuatan adiknya yang turut mengheret sama nama baik isterinya, Zaskia Sungkar kepada pihak polis atas dakwaan memalsukan dokumen ke Polres Metro Jakarta Selatan.

Peguamnya, Muhammad Zakir Raysidin berkata, Irwansyah mengalami kerugian sekitar RM1.5 juta selepas adiknya memalsukan tanda tangannya dan Zaskia dan memalsukan dokumen tanpa pengetahuan Irwansyah.

“Jumlah wang tersebut menjadi jaminan kepada semua dokumen yang dipalsukan Hafiz kepada pihak bank.

“Ini membuatkan Irwansyah kerugian sebuah kereta dan empat buah rumah yang dokumennya dipalsukan sebagai jaminan kepada pihak bank,” katanya.

Zakir turut berkata, Irwansyah tidak sangka adiknya sanggup membuat perbuatan tersebut kepada abangnya sendiri.

“Apa yang pasti Irwansyah sakit hati dan kecewa dibuat sedemikian.

“Ini kerana dia tidak pernah ada masalah atau bergaduh dengan adiknya selama ini. Hubungan mereka baik sebelum Irwansyah sedar dia telah ditipu oleh adiknya,” katanya.

Sebelum ini, Irwansyah dikatakan terkejut apabila pihak bank mencarinya kerana gagal melunaskan pinjaman kewangan.

“Irwansyah terkejut kenapa pihak bank mencarinya dan meminta dia bayar hutang sedangkan dia tidak pernah membuat pinjaman,” katanya.

Selepas diselidik, Irwansyah baru sedar adiknya telah memalsukan tandatangan dan dokumen yang diserahkan kepada pihak bank.

Adiknya telah melakukan perbuatan tersebut sejak 2018 lagi.

Zakir berkata, Hafiz berdepan tuduhan memalsukan tanda tangan dan dokumen serta didakwa dengan kes rasuah.

“Jika disabitkan kesalahan, Hafiz boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun,” katanya. -SM

(Visited 287 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button