Ekonomi

Tilikan ekonomi Guan Eng tak tepat

MUNGKIN Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak boleh menilik dan meramal masa hadapan ekonomi negara.

Ia berikutan beberapa tilikan atau ramalan yang dinyatakan dalam pembentangan Bajet 2019 di Parlimen tersasar.

Malah andaiannya terhadap harga minyak dunia bagi tahun sama juga disifatkan tidak realistik dan tersasar.

Menurut bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Guan Eng terlalu optimistik ketika merangka belanjawan.

Hal demikian menyebabkan bajet lari dan ekonomi terjejas.

[BACA ARTIKEL] Kerajaan baharu rancang pakej ransangan ekonomi — Suara Merdeka
[BACA ARTIKEL]
Kerajaan masih sedang bincang duti eksais – Guan Eng — Suara Merdeka

“Pada November 2018 ketika beliau membentangkan Bajet 2019. Beliau umum pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk tahun 2018 adalah 4.8 peratus dan akan naik ke 4.9 peratus bagi 2019.

“Saya bidas beliau dalam perbahasan bajet kerana menggunakan andaian tidak realistik untuk harga minyak dunia sebanyak US$72 satu tong dan pertumbuhan KDNK bagi 2019 setinggi 4.9 peratus,” katanya yang dimuat naik dalam Facebooknya hari ini.

NAJIB RAZAK

Tambah beliau, KDNK pada 2018 tidak menepati sasaran Menteri Kewangan itu.

Malah, harga minyak pada 2019 pula tidak mencecah sehingga $72 Dolar Amerika Syarikat (AS) setong.

“Saya terbukti betul apabila pertumbuhan KDNK tahun 2018 akhirnya jatuh ke 4.7 peratus dan purata harga minyak dunia tahun 2019 adalah US$64 satu tong.

“Semasa bentang bajet 2020 bulan November lalu, Guan Eng mengaku pertumbuhan KDNK 2019 jatuh ke 4.7 peratus berbanding andaian 4.9 peratus,” jelasnya.

2019 mustahil KDNK capai 4.7 peratus

Menurut Najib lagi, mustahil untuk capai 4.9 peratus bagi 2019 kerana purata bagi tiga suku terakhir tahun itu adalah 4.6 peratus.

“Kadar pertumbuhan KDNK bagi suku ke empat tahun lepas perlu mencecah 5.8 peratus jika mahu menepati sasaran 4.9 peratus.

“Kadar 5.0 peratus bagi suku ke empat juga diperlukan jika mahu menepati sasaran yang telah diturunkan ke 4.7 peratus.

“Saya ramal andaian awal Guan Eng 4.9 peratus tidak akan tercapai. Malah, andaian yang diturunkan 4.7 peratus pun tidak akan tercapai,” ujarnya.

Beliau memberitahu lagi, jangkaan KDNK bagi suku terakhir 2019 adalah sekitar 3.9 hingga 4.2 peratus sahaja.

“Ini bermakna kadar pertumbuhan KNDK bagi keseluruhan tahun 2019 adalah di sekitar 4.4 peratus. Bukan 4.9 atau 4.7 peratus seperti andaian Guan Eng.

“Ini adalah lebih rendah berbanding kadar 4.7% bagi tahun 2018 dan kadar pertumbuhan ekonomi 5.9% bagi tahun 2017 masa BN. Esok kita tengok jika ramalan saya tepat atau tidak,” katanya. – SM

(Visited 581 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button