EkonomiNasional
Trending

Utusan, BH, NST, Metro dijangka pindah ke Shah Alam hujung tahun ini

AKHBAR arus perdana, Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, New Straits Times (NST) serta The Malaysian Reserve dijangka memindahkan operasinya di Shah Alam, Selangor hujung tahun ini.

Kesemua akhbar tersebut kini beroperasi di bawah satu bumbung dekat Balai Berita, Jalan Riong di Bangsar, Kuala Lumpur.

Pemindahan itu dikatakan sebagai sebahagian daripada pelan pemulihan Media Prima Berhad yang saban tahun berhadapan dengan krisis kewangan.

Pemindahan syarikat subsidiari, New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) yang 98.2 peratus pegangannya milik Media Prima didakwa mampu menjimatkan perbelanjaan sehingga RM14.64 juta setahun.

“Tindakan ini merupakan sebahagian daripada proses mengurangkan kos melibatkan pemindahan NSTP ke loji percetakan di Bukit Jelutong, Shah Alam.

BACA > Rentas sempadan Malaysia-Singapura dijangka dibenar 10 Ogos — Suara Merdeka

“Pemindahan ini dijangka dibuat pada hujung tahun ini atau pertengahan tahun hadapan.

“Bagaimanapun, kerja pengubahsuaian tingkat dua Balai Berita yang dibuat bagi mengoperasikan Utusan Malaysia dan The Malaysian Reserve juga diarahkan berhenti.”

Demikian kenyataan daripada sumber yang dipetik portal The Edge Markets hari ini.

Lapor portal itu lagi, pemindahan tersebut akan melibatkan pembatalan perjanjian sewaan bangunan tersebut dengan pemiliknya Permodalan Nasional Berhad (PNB).

PNB melalui PNB Development Sdn. Bhd. sebelum ini mengambil alih dua hartanah di Bangsar dan Bukit Jelutong serta sebidang tanah di Shah Alam.

Hartanah yang dimilliki Media Prima sebelum ini dijual kepada PNB pada November 2018 dengan nilai RM280 juta.

PNB juga dilaporkan mempunyai kepentingan dalam Media Prima sebanyak 6.1 peratus melalui Amanah Saham Nasional.

Sejak dipindah milik, Media Prima membayar sewaan kepada PNB sebanyak RM720,082 sebulan bagi Balai Berita di Bangsar dan RM660,326 di Shah Alam.

BACA > Tabung Haji: Jawapan PM buktikan kegagalan Kerajaan PH — Suara Merdeka

Faktor pemindahan tersebut juga ekoran daripada peningkatan penyelenggaraan bangunan di Bangsar tidak kurang daripada RM10 juta dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan pengosongan yang ingin dibuat Media Prima sudahpun mendapat persetujuan dengan PNB.

Sekiranya, persetujuan dicapai, maka perjanjian antara dua syarikat dana awam itu dijangka tamat lebih awal daripada yang sepatutnya pada November 2021.

Menurut Ketua Pegawai Eksekitif (CEO) sementara NSTP, Mustapha Kamil Mohd.Janor, beliau mengesahkan keputusan berpindah ke Shah Alam yang diambil Media Prima itu.

Namun tidak pasti sama ada perjanjian dengan PNB akan ditamatkan lebih awal ataupun mengikut tempoh sebenar.

Terdahulu, konglomerat media terbesar itu mengumumkan pelaksanaan pengurangan pekerja yang akan melibatkan 300 pekerja bermula 31 Julai ini.

Sebagai rekod, pelan berkenaan merupakan yang ketujuh dilaksanakan gergasi media itu sejak 2014 menjadikan jumlah pekerja diberhentikan seramai 3,446 orang.

Liabiliti tinggi

Suku pertama tahun ini, Media Prima mencatatkan liabiliti sebanyak RM592 juta berbanding tunai yang dimiliki, RM340.94 juta.

BACA > Gelap: Azeez minta maaf kepada Kasthuri — Suara Merdeka

Bagaimanapun, kerugian selepas cukai dalam tempoh tersebut menurut kepada RM29.54 juga berbanding RM40.41 juta pada suku sama tahun lalu.

Pengurangan susulan daripada beberapa pelan penjimatan yang dilaksanakan pengurusannya.

Namun, margin pendapatan iklannya menurun daripada RM238.444 juta kepada RM239.1 juta.

Sebagai makluman, Media Prima dimiliki tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary sebagai pemegang kepentingan terbesar iaitu sebanyak 31.9 peratus.

Sementara pemegang kepentingan kedua terbesar adalah Morgan Stanley iaitu sebanayk 12.8 peratus.

Di samping Media Prima adalah Media Mulia Sdn. Bhd. yang kini memegang hak penerbitan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo!.

Syarikat itu sebelum ini dikenali sebagai Dilof Sdn. Bhd. pernah menjadi subsidari Utusan Melayu (M) Berhad sebelum lembaga pengarahnya mengumumkan penggulungan secara sukarela pada Oktober 2019.

Saham Media Prima kekal berada pada kadar 17 sen seunit apabila ditutup menjadikan nilai keseluruhannya RM188.56 juta.

BACA > UMNO gugur saman terhadap sembilan bekas ahli — Suara Merdeka

Sehingga kini, nilai saham syarikat itu dilaporkan menyusut sebanyak 11 sen atau 39.29 peartus. – SM

 

(Visited 1,191 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button