Politik

Gagalnya Waytha Moorthy

APABILA Sultan Perak, Sultan Nazrin bertitah negara memerlukan seorang duta perpaduan yang berperanan untuk menurunkan suhu berhubung isu perkauman dan agama, ia jelas menunjukkan gagalnya Waytha Moorthy selaku Menteri Perpaduan dalam menyelesaikan isu tersebut.

Sepatutnya Waytha yang berperanan sebagai duta perpaduan dan apabila berlaku sebarang isu berkaitan agama dan perkauman serta isu sensitif lain beliau perlu menurunkan suhu supaya ia tidak menjadi bahang memecah-belahkan rakyat.

Selepas beberapa kenyataan beliau yang hanya membela kaum India telah mencetus kemarahan dan sekali gus meningkatkan suhu perpaduan di negara, kini beliau lebih banyak mendiamkan diri.

Pemimpin Hindraf itu juga sukar membebaskan diri daripada dicop sebagai pemimpin kaum India dan menyerang kaum lain di negara ini.

Sepatutnya sekurang-kurangnya beliau perlu mempunyai pemikiran setaraf dengan Tan Sri Lee Lam Thye iaitu sangat matang dan mampu menenangkan rakyat apabila timbul isu yang boleh membawa perpecahan.

Beliau perlu tenang dan tidak mudah melatah dan terlalu membela kerajaan Pakatan Harapan, sebaliknya perlu menjadi pemimpin kepada rakyat negara ini. Sikap mendiamkan diri pada masa ini juga tidak menyelesaikan masalah.

Mungkin jika berlaku rombakan kabinet Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu memikirkan untuk meletakkan menteri yang baharu bagi menjadi perpaduan dan tentulah dalam kalangan mereka yang memahami dan menghormati perlembagaan serta sejarah negara ini.

Pada tahun lalu sebanyak 215,706 tandatangan petisyen diperolehi bagi menuntut pelucutan jawatan Waytha Moorthy sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Senator.

Waytha Moorthy juga menjadi tumpuan kerana merupakan menteri bertanggungjawab membawa cadangan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang telah menimbulkan polemik dan mendapat tentangan oleh pelbagai pihak.

Desakan supaya Way­­hta Moorthy me­letak jawatan semakin tinggi dalam kala­ngan warganet selepas Muhammad Adib Mohd. Kassim, anggota bomba yang menjadi mangsa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman meninggal dunia.

Ramai berpendapat, Waytha Moorthy sebagai menteri bertanggungjawab kepada perpa­duan nasional gagal membantu meredakan keadaan rusuhan yang tercetus.

(Visited 123 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button