NegeriRencah Hidup

Netizen tidak puas hati “riders” ke Karnival SUA buat kerenah di jalan

TIDAK tahu di mana salahnya. Bagaimanapun dengan kehadiran ribuan motosikal yang dikaitkan dengan program Karnival Santai Anak Utara (SAU) ke-11 di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar telah menimbulkan reaksi kurang senang di kalangan neziten di sekitar bandar ini.

“Riders” kuasai jalan menimbulkan keresahan pengguna lain. – Gambar Ihsan Facebook

Pelbagai reaksi ini telah dimuatkan pada media sosial termasuk Facebook (FB) akaun sendiri atau grup termasuk Saya Anak Perlis (SAP).

Beberapa orang telah memuat naik status tidak puas hati ini termasuk mahu pihak terbabit memastikan gelagat anak muda bermotosikal ini terkawal jika bakal menganjurkannya lagi pada masa akan datang.

Status yang tidak puas hati ini rata-rata mendapat sokongan netizen lain apabila masing-masing melalui sendiri pengalaman terserempak dengan kerana kumpulan bermotosikal ini yang juga datang dari luar Perlis.

Luahan netizen antaranya kumpulan bermotosikal ini tidak menjaga keselamatan dan melanggar peraturan di jalan raya.

Ada yang tidak mematuhi lampu isyarat di mana memecut semasa lampu merah.

Paling netizen geram apabila geng bermotosikal ini bergerak secara “beremba” di jalan.

“Kumpulan motosikal” hari ini memang menguasai jalan, pemandu kenderaan seperti kereta terpaksa mengekori kumpulan ini dari belakang.

Sekaligus perbuatan ini menimbulkan rasa cemas pada pengguna jalan raya lain kerana bimbang berlaku kemalangan.

Ada juga netizen mendakwa kereta anaknya dilanggar lari setelah dirempuh dari belakang.

Selain itu Suara Merdeka juga mendapat luahan dari jemaah masjid Tuanku Syed Putra yang berdekatan lokasi program yang tidak puas hati bunyi bising motosikal berlegar-legar pada kawasan itu pada waktu Zohor dan juga Asar.

Sehubungan itu pihak terbabit perlu mengambilkira luahan tidak puas hati supaya nama program SUA tidak dicemari dengan insiden seperti ini pada masa depan.

Dalam kenyataan media Program Karnival SUA oleh kerajaan negeri ini menyebut, ia adalah program yang menjadi sebutan dalam kalangan peminat permotoran dan mampu menjadi medium bagi mendedahkan golongan belia dengan informasi berguna sebelum menceburkan diri dalam sukan permotoran.

Dalam program ini Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, turut menunggang sebuah motosikal RXZ secara berkonvoi memasuki Kompleks Sukan dan seterusnya merasmikan Karnival SAU.

Ia juga merupakan program turun padang Menteri Besar Perlis menyantuni anak muda dalam kalangan “riders” khususnya Negeri Perlis.

Karnival SAU peringkat Negeri Perlis ini telah menarik kehadiran lebih daripada 40,000 peserta. – SM

(Visited 105 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button