Nasional

10 ditahan libatkan kes penipuan jualan sarung tangan lebih RM120 juta

SEBANYAK 98 kes melibatkan penipuan jualan sarung tangan dengan jumlah kerugian berjumlah lebih RM120 juta dilaporkan sehingga 14 Mac lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, beberapa individu serta syarikat yang terlibat dengan kes penipuan jualan sarung tangan dalam negara juga telah dikesan.

“Pada 15 Mac lalu, beberapa siri operasi telah dilakukan di sekitar Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.

“Hasil operasi tersebut, sebanyak 10 individu termasuk seorang wanita warga asing telah ditahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain tangkapan, turut dirampas ialah 12 telefon bimbit, 14 kad bank, 1 dokumen SSM dan wang tunai berjumlah RM6,106.

Menurut Zainuddin, hasil siasatan mendapati sindiket akan menarik minat pembeli untuk membeli sarung tamgam dalam harga yang murah.

Ujarnya, sindiket memperdaya mangsa dengan menggunakan nama syarikat pengeluar sarung tangan terkemuka dalam negara bagi menarik minat syarikat pembeli dalam dan luar negara.

“Sindiket kemudian akan memberi pelbagai alasan sehingga syarikat pembeli perlu melakukan pembayaran keseluruhan bernilai jutaan ringgit sebelum gagal dihubungi dan menghilangkan diri,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai supaya jangan mudah terpedaya dengan tawaran jualan baranfan dan sentiasa membuat semakan terlebih dahulu.

Tambahnya, semakan pengesahan akaun dan talian telefon terlebih dahulu melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ untuk mengenal pasti sama ada akaun tersebut pernah terlibat dalam kes penipuan. -SM

(Visited 183 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button