PolitikUncategorized

Tak timbul konflik kepentingan bekas pemaju jadi exco perumahan

Tiada konflik kepentingan melantik bekas pemaju sebagai exco bertanggungjawab ke atas perumahan dan alam sekitar, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Beliau mempertahankan pelantikan S Sundarajoo sebagai exco perumahan dan alam sekitar negeri, dengan berkata Adun Perai itu adalah aset kepada Pulau Pinang disebabkan pengalamannya dalam industri hartanah.

“Kita perlu lihat pengalamannya selama beberapa dekad dalam pembangunan perumahan. Beliau akan jadi aset (kerajaan) dalam memahami pandangan pemaju dan pandangan teknikal daripada kerajaan,” katanya dalam sidang media di Dewan Sri Pinang.

Chow berkata, beliau mengharapkan semua exco baru dilantik melepaskan kepentingan perniagaan mereka seperti dikehendaki undang-undang.

Sundarajoo, yang julung kali menjadi Adun, adalah bekas ketua pegawai operasi pemaju hartanah, Eco World Sdn Bhd dengan pengalaman lebih 31 tahun dalam industri hartanah.

Dalam perkembangan lain, Chow mendedahkan Barisan Nasional (BN) hanya menyerahkan nama Adun Sungai Acheh Rashidi Zinol untuk jawatan exco.

Semalam, sumber Umno memberitahu FMT, beberapa pemimpin Umno Pulau Pinang mahu Rashidi dilantik timbalan ketua menteri, bukan Adun Bertam yang juga bekas menteri persekutuan Reezal Merican Naina Merican.

Nama Reezal tiada dalam senarai exco agak mengejutkan.

Sementara itu, Chow berkata, Amanah minta diberikan satu jawatan exco, tetapi kepimpinan Pakatan Harapan (PH) berlainan pandangan.

Justeru, katanya, Adun Bayan Lepas daripada Amanah Azrul Mahathir Aziz akan dilantik timbalan speaker DUN dan beliau tidak menyebut siapa akan dilantik speaker baharu.

Beliau berkata, pelantikan exco berdasarkan jumlah kerusi dimenangi setiap parti dan bagi DAP, Adun berkhidmat dalam penggal kedua atau ketiga diutamakan.

Tetapi katanya, Sundarajoo dikecualikan kerana berdasarkan pengalaman industrinya.

Terdahulu, Chow menyaksikan majlis angkat sumpah 10 exco di hadapan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang Fuzi Razak. – SUMBER FMT – SM

BACA PRN Pulau Pinang 12 Ogos, keputusan dipertaruhkan kaki judi

BACA Muka baru untuk exco negeri Pulau Pinang

 

(Visited 80 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button