Nasional

Gagal ikut SOP, Bukit Broga ditutup

SIKAP orang ramai yang tidak patuh pada  prosedur operasi standard (SOP) membuatkan Bukit Broga ditutup daripada sebarang aktiviti.
Perintah penutupan itu dibuat di bawah Seksyen 18, Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) berkuatkuasa pada Sabtu depan sehingga ke suatu tempoh yang akan dimaklumkan kemudian.
Ketua pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisyam Abdullah berkata, terdapat pelaporan di media sosial berkaitan pengunjung yang terlalu ramai di Bukit Broga.
“Malah, tahap pematuhan kepada SOP di kalangan individu, syarikat dan industri juga semakin menurun.
“Terdapat premis kedai dan syarikat yang tidak beroperasi mengikut SOP yang telah ditetapkan,” katanya.
Menurutnya, orang ramai diseru  supaya tidak alpa dan mengambil mudah dengan pematuhan kepada SOP dan normal baharu.
“Kita berharap segala usaha selama ini untuk memutuskan rantaian penularan jangkitan Covid-19 diteruskan oleh semua peringkat dan lapisan masyarakat,” jelasnya. -SM
(Visited 282 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button