Hiburan

Gaduh: Micheal Ang sedia jumpa Noraniza Idris

PAGI tadi kecoh berkenaan komen yang dilemparkan penerbit dan pengarah, Micheal Ang terhadap persembahan Noraniza Idris di program Gegar Vaganza.

Kelantangan Micheal telah menyebabkan sebuah akaun Facebook yang menggunakan gambar Noraniza memuat naik status berbaur tidak puas hati hingga menyentuh status pengarah itu sebagai mualaf.

Menurut Micheal, komen yang dilemparkan terhadap Noraniza itu adalah berdasarkan kepada pemerhatiannya dan tidak mempunyai unsur peribadi.

Micheal berkata, jika dia bersemuka dengan Noraniza sekali pun, dia tetap akan memberi kritkan yang sama terhadap persembahan wanita itu.

“Saya beri komen macam netizen biasa yang lain. Kalau tak sedap, saya akan cakap tak sedap.

“Sebelum ini pun sudah beberapa lagi saya tinggalkan komen positif terhadap persembahan Norniza. Tapi kenapa tidak mahu baca?

“Lagipun artis lain yang buat persembahan tidak bagus pun akan saya beri kritikan. Memang saya tidak tahu pasal muzik, tetapi saya ada telinga dan kalau sedap, saya puji serta begitulah sebaliknya,” katanya.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan bahawa Noraniza mahu bersemuka dengan Micheal kerana kritikan yang didakwa telah menggores hati ahli keluarganya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kenyataan akaun Facebook yang mempertikai statusnya memasuki Islam kerana ingin popular, jelas Micheal dia telah memaafkan perkara tersebut.

“Saya tidak tahu sama ada awak (Noraniza) tahu berkenaan Facebook daripada Noraniza Idris Production itu kata saya masuk Islam sebab nak popular.

“Sebenarnya, saya dah masuk Islam dah lama sebelum saya umumkannya. Malah, kalau saya tak beritahu, mungkin ramai yang ingat saya sebenarnya bukan Islam.

“Lagipun kalau nak popular, lebih baik saya buat sidang akhbar terus selepas saya masuk Islam,” katanya.

Tambah Micheal, perkara itu (mualaf) tidak sepatutnya dibangkitkan dan dia juga telah memaafkan pihak yang memuat naik status tersebut. -SM

(Visited 907 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button