Nasional

Gaduh di Dataran Merdeka: Hanya salah faham, tiada unsur kongsi gelap

POLIS sedang menyiasat video tular di laman sosial yang memaparkan pergaduhan membabitkan sekumpulan remaja dipercayai penunggang motosikal di Dataran Merdeka di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 1.29 pagi tadi berkaitan kejadian itu.

“Kita dimaklumkan yang pergaduhan itu melibatkan beberapa lelaki bersenjatakan topi keledar.

“Bertindak atas maklumat tersebut, unit rondaan dan Team Operasi Cantas IPD Dang Wangi telah digerakkan ke lokasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Fahmi, pihaknya mendapati kumpulan itu telah bersurai ketika mereka di lokasi kejadian.

Jelasnya, hasil siasatan mendapati berlaku perselisihan faham antara kumpulan pemuda bermotosikal di lokasi berkenaan dan tidak melibatkan elemen kongsi gelap atau gengsterisme.

“Tiada laporan polis yang dibuat oleh mana-mana pihak yang terlibat.

“Bagaimanapun, satu laporan polis telah dibuat oleh Petugas Pusat Kawalan Polis Dang Wangi, dan siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata di tempat awam,” katanya.

Pagi tadi, tular klip video berdurasi 14 saat tular di laman Facebook memaparkan kejadian pergaduhan melibatkan sekumpulan individu di Dataran Merdeka awal pagi tadi. -SM

(Visited 744 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button