fbpx
BeritaNasional

Gadis kurang upaya hilang sejak April

SEORANG gadis yang mempunyai masalah ketidakupayaan intelektual telah dilaporkan hilang dan kali terakhir dilihat pada 15 April lalu.

Sehubungan itu, Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, usaha mengesan gadis itu masih diteruskan dan bantuan orang ramai diperlukan.

“Siti Dhanniyah Darwisyah Juannis berusia 17 tahun, pemegang kad orang kurang upaya (OKU) ketidakupayaan intelektual menetap di Kondominium 222 Residency Setapak.

“Dia kali terakhir dilihat pada jam 11.45 pagi 15 April lalu,” katanya.

Menurutnya, laporan kehilangan dibuat di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju.


Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintenden S Gopal di talian 012-5120242 dan Inspektor Mohamad Faiz Mohd Yasin di talian 011-19823703 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999. -SM

(Visited 4 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button