Luar Negara

Gadis 12 tahun nikah lelaki berusia 44 tahun

KECOH media sosial di Indonesia melaporkan seorang anak gadis bawah umur bernikah dengan lelaki berusia 44 tahun.

Pernikahan itu dilaporkan berlaku di Makassar mengikut adat Bugis.

Lelaki itu dikenali sebagai Baharuddin merupakan seorang tukang urut yang buta.

Baharuddin dijemput oleh ibu bapa gadis itu untuk mengurut gadis berkenaan dan sejak itu hubungan mereka semakin akrab.

Kisah itu dilaporkan oleh Instagram makassar_iinfo dan ketua polis daerah, Chandra mengesahkan kes berkenaan.

Beliau juga mengesahkan pasangan itu bernikah atas dasar cinta.

Gadis itu juga telah berhenti sekolah ekoran bapa tirinya tidak mampu menanggung persekolahannya lagi.

Pihak berkuasa tempatan tidak membenarkan pernikahan bawah umur itu, tetapi tetap dijalankan oleh keluarga gadis berkenaan. – SM

 

(Visited 543 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button