Ekonomi

Gading Solar terima anugerah syarikat penyedia solar PV terbaik

Gading Solar Sdn. Bhd.  (Gading Solar) telah dinobatkan sebagai syarikat penyedia perkhidmatan sistem solar fotovoltaik (PV) terbaik oleh Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia (FMBA) dan Persatuan Literasi Dalam Kewangan Malaysia (MyLife).

Anugerah itu telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar sempena majlis makan malam gala dan anugerah bagi mengutip dana untuk Yaysan Kaseh Kanser.

Pengarah Urusan Gading Solar, Datuk Ir. Guntor Tobeng telah menerima anugerah itu bagi pihak Gading Solar.

Gading Solar adalah sebuah syarikat bumiputera yang bergiat aktif dalam industri tenaga solar di negara ini ditubuhkan pada 2003 yang menyediakan penyelesaian untuk tenaga boleh baharu (TBB) melalui Solar PV.

Dengan matklamat menyokong usaha memulihara kelestarian alam sekitar, Gading Solar meletakkan sasaran setiap orang mampu memiliki tenaga bersih.

Selain mengendalikan ladang solar utama di Perak dan Melaka serta solar PV bagi kegunaan domestik, syarikat ini juga mempunyai pelanggan di Nigeria, Australia dan Indonesia.

(Visited 1,443 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button