Nasional

COVID-19 catat 60 peratus pesakit sembuh, 57 kes baharu dan 3 kematian

SERAMAI  61.09 peratus atau 3,349 pesakit yang dijangkiti Covid-19 telah sembuh termasuk 54 orang yang dibenarkan keluar daripada hospital hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Adbullah, sebanyak 57 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam menjadikan keseluruhan kes aktif sebanyak 2,041 orang.

“Daripada 57 kes, 18 adalah kes import daripada warganegara Malaysia yang pulang dari luar negara. 39 kes adalah kes penularan tempatan,” kata Dr. Noor Hisham.

Menurutnya, 43 orang pesakit dirawat di unit rawatan rapi dan daripada jumlah itu 27 memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara jumlah kes kematian meningkat kepada 92 kes dengan tiga lagi kematian dicatatkan dalam tempoh 24 jam.-SM

(Visited 85 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button