Ekonomi

Gading Kencana harap lebih banyak pelaburan pada tenaga solar di Malaysia

SYARIKAT pemilik dan pengendali ladang solar, Gading Kencana berharap lebih banyak pelabur luar melabur dalam mengembangkan pembangunan tenaga solar negara.

Ini kerana, pelaburan tersebut berpotensi membawa negara ke arah penghasilan tenaga yang bersih dan mampan sebagai sumber masa hadapan.

Melihat kepada potensi tersebut, Gading Kencana kini memiliki kebolehan untuk menghasilkan 53,000 megawatt (MW) tenaga elektrik.

Ia dijana melalui ladang solarnya di Bidor, Perak yang bekeluasan 40 hektar mampu menjana tenaga bagi 20,000 buah rumah.

Justeru, penggunaan tenaga solar boleh dikembangkan lagi jika para pelabur dapat mengenalpasti potensinya.

“Pasaran tenaga solar berkembang sangat pesat. Dalam tempoh 2011 hingga 2017, sebanyak 388MW tenaga dihasilkan melalui solar.

“Kadar Feed in Tariff (FIT) ketika itu adalah RM0.60 bagi setiap kilowatt perjam (kwh).

“Kemudian dalam tempoh 2017 hingga 2020, sebanyak 2,000MW tenaga elektrik dihasilkan melalui Large Scale Solar (LSS).

“Bidaan ketika itu adalah kompetitif, puratanya adalah 2.32 sen bagi setiap kwh.

“Malah kerajaan Malaysia kini menyasarkan peningkatan dalam pengunaan tenaga boleh diperbaharuin (RE) daripada enam peratus hingga 30 peratus pada 2025.

“Perkara itu dinyatakan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah dalam Dewan Rakyat.

“Malah mengunjurkan, bagi tempoh 2020 – 2030, sebanyak 6,000MW tenaga dihasilkan.”

Demikian kata Pengarah Urusannya, Datuk Ir. Guntor Tobeng hari ini ketika berucap dalam Webinar: Renewables and Renewable Energy – Opportunities in Malaysia and the United Kingdom.

Dalam webinar anjuran The British Malaysian Society itu, beliau membentangkan topik Peluang dalam Tenaga Solar dan Pembangunan.

Menurutnya, sekarang adalah masa yang sesuai untuk pelaburan tenaga solar kerana terdapat pakej rangsangan ekonomi dalam sektor penjanaan tenaga.

“Dalam tempoh 2020 – 2030, 6,000 tenaga elektrik yang dihasilkan adalah bernilai sekitar RM30 bilion atau 6 bilion Pound Sterling (GBP).

“Kerajaan akan merangsang ekonomi bagi penjanaan tenaga sehingga 1,4000MW pada tahun ini,” katanya.

Tambah beliau, ia adalah inisiatif kerajaan dalam merangsang semula sektor ekonomi penjanaan tenaga susulan serangan pandemik Koronavirus (Covid-19).

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada Mac 2018, permintaan terhadap tenaga turun mendadak apabila banyak kilang tidak dapat beroperasi.

“Industri dan komersial menyumbang 76 peratus penggunaan tenaga. Ekoran serangan Covid-19, ia menurun antara 10 hingga 14 gigawatt (GW) berbanding 14 – 18 GW.

“Setelah semua sektor ekonomi kembali beroperasi, permintaan terhadap tenaga kembali meningkat sehingga 17 GW pada 31 Ogos lalu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Guntor turut memaklumkan cabaran dalam menjana tenaga melalui kaedah RE, paling utama adalah pengurusan kewangan.

Menurut beliau, penghasilan tenaga RE terutama melalui LSS memerlukan modal yang besar.

LADANG solar milik Gading Kencana di Bidor, Perak.

Malah, penjagaan dan penyelengaraanya juga merupakan satu pelaburan dalam memastikan kelestarian penghasilan RE.

“Tarif yang rendah akan membawa kepada penurunan kadar pulangan dalaman (IRR).

“Bank pula mengenakan kadar faedah yang tinggi bagi pinjaman untuk sektor perniagaan tenaga solar,” ujarnya.

Bagaimanapun beliau memaklumkan, di Malaysia nilai pasaran domestiknya adalah tinggi iaitu bernilai RM2.5 bilion.

Katanya lagi, sektor ekonomi tenaga juga mampu menjana peluang pekerjaan kepada lebih 50,000 orang.

“Ini adalah peluang kepada institusi kewangan di British untuk meneroka peluang pelaburan dalam tenaga solar di Malaysia,” jelasnya.

Terdahulu, Suara Merdeka melaporkan, Malaysia merupakan negara pengeluar panel solar ketiga terbesar di dunia.

Justeru, ia diharap dapat mengurangkan kebergantungan terhadap bahan bakar fosil yang tinggi kosnya serta tidak mesra alam. – SM

(Visited 822 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button