Auto TravelBerita Auto

Ducati Malaysia telah melancarkan 6 model motosikal baharu

Juga pengumuman pengenalan “Ducati Corse Credit” serta 2 Pusat Ducati di Kuala Lumpur dan Johor Bahru

DUCATI Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan 6 motosikal baharu dan menarik untuk model tahun ini. Selain itu Ducati juga telah memperkenalkan kemudahan “Corse Credit” serba baharu untuk pembelian motosikal Ducati baharu dan juga telah mengumumkan penubuhan 2 lagi Pusat Ducati eksklusif di Kuala Lumpur dan Johor Bahru, bagi meluaskan lagi rangkaian jenama Ducati di seluruh Malaysia.

Tiga pengumuman ini telah membentuk satu asas kepada program pengembangan agresif yang disediakan oleh Ducati Malaysia dan Next Bike Sdn Bhd, yang sebagai pusat pengimport dan pengedar tunggal bagi jenama Ducati di Malaysia, untuk mengesahkan kedudukannya sebagai antara jenama motosikal premium yang paling digemari di pasaran.

DUCATI Panigale V2 Bayliss

Dengan barisan 6 model baharu yang menarik dan pelbagai, peminat motosikal Ducati mempunyai pilihan daripada trio mesin berkuasa V2 dalam Streetfighter V2, motosikal pengembaraan Multistrada V2S dan motosikal “supersport” Panigale V2 Bayliss (model Ulang Tahun ke-20 Kejohanan Pertama), motosikal Streetfighter V4 SP yang mempunyai nisbah kuasa kepada berat terbaik dan paling berkuasa dalam segmennya dan daya tarikan klasik moden yang sporty dari Scrambler Urban Motard dan Scrambler 1100 Tribute Pro.

DUCATI Streetfighter V2

Dengan pelancaran Ducati Corse Credit, Michael menekankan, Ducati Malaysia akan menyediakan pilihan yang lebih besar, kebolehcapaian dan kemudahan kepada pelanggan dengan menyediakan pembiayaan dalaman untuk pembelian semua jenis motosikal Ducati baharu.

DUCATI Multistrada V2S

Ini akan melengkapkan kemudahan kredit sedia ada yang telah disediakan kepada pelanggan oleh pelbagai institusi kewangan rakan kongsi. Penubuhan 2 Pusat Ducati eksklusif baharu di Kuala Lumpur dan Johor Bahru pula akan memperkukuh rangkaian sedia ada Ducati Malaysia yang merangkumi kemudahan di Sungai Buloh dan Pulau Pinang ,sebagai serta pusat 3S bertauliah terbesar dan bilik pameran Ducati kedua terbesar di Asia Tenggara di Petaling Jaya. Pusatnya di Sungai Buloh juga sedang menjalani pengubahsuaian yang dijangka akan siap pada penghujung 2022.

DUCATI Streetfighter V4 SP

Dengan keadaan pandemik yang berlaku di seluruh dunia, Ducati telah merekodkan jualan menjual motosikal sebanyak 59,447 unit di seluruh dunia dalam tahun 2021, dan pada suku pertama 2022, Ducati telah mencatatkan peningkatan 5% dalam jualan berbanding tempoh yang sama pada 2021 serta melepasi pencapaiannya pada 2020 sebanyak 40%. – SM

Kredit: EnjinDotCom

DUCATI Scrambler 1100 Tribute Pro
DUCATI Scrambler Urban Motard
(Visited 329 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button