Bencana alamNasional

Gempa bumi 6.2 pada skala richter di Utara Sumatera malam tadi

DI media sosial malam tadi ramai yang bertanya, ada rasa bergegar tak? Sekitar pukul 10.59 kiranya lagi seminit nak masuk pukul 11, gempa bumi kuat berlaku di Utara Sumatera, Indonesia.

Menurut METMalaysia, koordinat gempa ialah pada 0.9 darjah Utara dan 98.8 darjah Timur dengan magnitud 6.2 pada skala richter.

Kalau ikut jarak, dalam 84 kilometer Barat Daya dari Padang Sidempuan, Indonesia.

“Ish tak ada pula rasa bergegar ke apa-apa kat sekitar kawasan Kajang, Selangor. Tak tau la kalau kat tempat-tempat lain,” getus dalam hati.

Gempa yang berlaku itu, menurut METMalaysia lagi, kedalaman 86 kilometer dan bersyukur kerana tiada ancaman tsunami kepada negara kita yang berjiran dengan Indonesia.

Bagaimanapun gegaran mungkin dirasai oleh penduduk di sesetengah daerah di Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Kalau kawasan Kajang tidak rasa apa-apa gegaran, mungkin kawasan atau daerah-daerah lain dalam Negeri Selangor, merasai gegaran – SM

BACA Angkasa sumbang RM100,000 bantu mangsa gempa bumi Turkiye-Syria

BACA PBB bincang kesan gempa bumi terhadap kanak-kanak di Turkiye, Syria

(Visited 86 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button