Hiburan

Filem Pagari Bulan mengangkat perjuagan wanita

Kelmarin telah berlangsungnya tayangan perdana filem Pagari Bulan di Dadi Cinema Pavilion, Kuala Lumpur.

Filem yang mengangkat perjuangan wanita berlatar belakangkan era 1941-1945, kisah terjadi di Kota Bharu Kelantan ini juga mendapat dana kenegaraan RM2.5 juta.

Filem Pagari Bulan akan ditayang di pada 5 Oktober

Filem ini merupakan arahan dari Raja Mukhriz Raja Ahmad dan diterbitkan oleh isterinya Sharifah Shahora.

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Bulan yang merupakan seorang anak sulung Perempuan kepada pengusaha tanaman dan pemburu yang cekap iaitu Ismail dan isterinya Hasnah yang berhadapan dengan kedatangan pihak Jepun ke Kelantan.

Penduduk kampung berdekatan dan kampung lain terpaksa mempertahankan kampung mereka dalam apa cara sekalipun.

Maka ramai yang didera dan dibunuh, dan anak gadis dijadikan sasaran ditahan dan dikurung menjadikan mereka Comfort Woman. Bulan bersama-sama adiknya Kasih dan sahabatnya Sui Li juga ditangkap. Dikurung, dipaksa mengikuti segala kemahuan askar Jepun demi memuaskan nafsu. Kejahatan Jepun yang kejam terhadap wanita membuatkan Bulan mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan bangsa dan tanah airnya.

Watak utama dalam filem ini dibintangi oleh Nazeera Sardi, katanya Pagari Bulan sangat mencabar buat dirinya kerana perlu melakukan aksi lawan dan perlu berdialek Kelantan.

Hero dan Heroin dalam Pagarin Bulan, Aniq Durar dan Nazeera Sardi

‘’Bagi saya filem ini sangat istimewa buat diri saya, sebab Bulan itu sendiri dan sentiasa memberi benda baru untuk saya belajar, saya juga cabar untuk diri saya berlakon malah setiap scene dalam Pagari Bulan adalah cabaran untuk saya.

‘’Bayangkan saya berasal dari Negeri Sembilan perlu bercakap dialek Kelantan, pada saya sangat susah untuk bercakap namun saya tidak mahu fikirkan kesukaran tersebut, matlamat saya cuma mahu sampaikan mesej kepada para penonton’’. Jelasnya.

Mempertaruhkan bakat baru dalam industri, Hero dalam filem ini merupakan Aniq Durar, 30, berasal dari Serawak kaum Malanau yang membawakan watak sebagai leftenan jepun bernama Miura.

Menurutnya, ini merupakan peluang yang berharga dalam industri kerana diberi peluang peluang berlakon sebagai hero.

‘’Watak ini saya lakonkan dengan cara saya sendiri dengan bantuan dari tuan pengarah dan kelas lakonan dari Dr Nur Azizi.

‘’Sangat berbangga dengan lakonan saya dalam filem ini, paling mencabar adalah scene di dalam sungai, iaitu selama 4 jam saya perlu berendam sehingga menggeletar.’’ Ujarnya.

Menariknya filem ini, para pelakon hanya mengunakan bahasa Jepun dan dialek Kelantan.

Cabaran dari para pelakon perlu belajar bahasa Jepun bagi menghidupkan watak masing-masing.

Filem Pagari Bulan mula ditayangkan di pawagam di seluruh negara pada 5 Oktober ini.

Penggambaran dilakukan di 25 lokasi bagi menghidupkan era penjajahan Jepun di Tanah Melayu.
Dibintangi juga oleh Alvin WongAndy Teh, Trisha Ooi, Michael Ang dan Laila N.

Artikle Berkaitan ;>

KDN haramkan tayangan filem Mentega Terbang

Malbatt Misi Bakara bongkar penipuan sejarah filem Hollywood

(Visited 355 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button