Nasional

Warga University of Dhaka minat belajar Bahasa Melayu

MINAT mempelajari bahasa Melayu di universiti Bangladesh semakin meningkat berikutan usaha Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkongsi kepakaran dua pensyarahnya di     University of Dhaka.
Sehubungan itu, dua pensyarah yang sedang berada di universiti berkenaan mengajar bahasa Melayu kepada mahasiswa ialah Dr Rohayati Junaidi dan Dr Norfaizah Abdul Jobar  berusaha menganjurkan Program Academic Talk bertujuan yang bertujuan memperkenalkan sistem pendidikan Malaysia, UPSI, FBK dan program Bahasa Melayu di berkenaan baru-baru ini.
Prof Madya Dr Dahlia sedang menyampaikan ceramahnya di University of Dhaka.
Ketua Jabatan Bahasa dan kesusasteraan Melayu FBK,  Dr Zuraini Ramli menyampaikan ceramah bertajuk “ Peluang belajar di UPSI dan Fakulti Bahasa dan Komunikasi” berkongsi maklumat perkembangan pencapaian UPSI berkaitan world ranking university, dan education ranking.
Selain itu dikongsikan informasi  perpustakaan digital, bilik bacaan 24 jam,  pusat sukan dan rekriasi,  masjid, muzium, kolam renang, hotel SS, bitara siswa, dewan, dan pelbagai jenis restoran.
Prof Dr A.B.M Razaul Karim Faquire bersama pensyarah FBK dan mahasiswa University of Dhaka.
Beliau berkata tonggak utama kejayaan UPSI bermula dengan dokongan kuat Naib Canselor, Timbalan-timbalan Naib Canselor  dan pengawai atasan universiti,  tenaga pengajar, staf pentadbiran serta komitmen semua pelajar.
Selain itu, info berkenaan fungsi IPS juga dipaparkan untuk promosi peluang menyambung pelajaran di UPSI kerana memiliki pelbagai kemudahan yang ada di FBK seperti kemudahan  atrium, konti, bilik komputer, anjung, student lounge, lecture lounge, bilik mesyuarat dan surau.
Dr Zuraini turut berkongsi  10 buah Fakulti yang terdapat di UPSI selain  sejarah ringkas penubuhan UPSI sejak 1922.
Beliau turut mempromosikan peranan FBK – JBKM dalam menyebarluaskan Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa seperti di Uzbekistan, Dhaka, London Dan Moscow, malah pelbagai program yang akan dirancang bagi memastikan hubungan kerjasama ini semakin kukuh dengan perancangan yang sistematik.
“FBK menantikan semua pelajar dan  pensyarah di Dhaka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran serta bekerjsama dalam memantapkan pendidikan, penyelidikan, perkongsian idea bersama,” katanya.
Prof Madya Dr Dahlia Janan  pula berkongsi tentang “ Malaysia Education System”   yang menerangkan berkenaan sistem pendidikan Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia  (KPM), Kementerian Pendidikan  Tinggi (KPT) yang memastikan keselarasan dan ketekalan dalam urusan pendidikan di Malaysia.
“Rakyat di Malaysia bersekolah bermula seawal umur lima  tahun peringkat tadika kemudian peringkat  sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah swasta, sekolah antarabangsa, sekolah pendidikan khas, kolej vokasional, MRSM, sekolah agama, sekolah berasrama penuh.
“Kerajaan berperanan memastikan semua penduduk di Malaysia mendapat pendidikan yang sama rata,” katanya.
Prof Madya Dr Dahlia, Dr Zuraini, Dr Norfaizah dan Dr Rohayati.
Beliau juga menjelaskan terdapat banyak pilihan sekolah dan universiti di Malaysia yang boleh menjadi tarikan utama.
Dr Norfaizah dan Dr Rohayati  bercakap tentang “Malay Language Programme at University of Dhaka” berikutan keberadaan mereka di universiti berkenaan sehingga bulan.
Pengarah Institut Bahasa Moden,   University of Dhaka,  Prof Dr A.B.M Razaul Karim Faquire berkata
kerjasama antara kedua universiti ini diharapkan berpanjangan meliputi pertukaran pensyarah, pelajar dan penyelidikan.
Beliau berkata berikutan penguasaan pelbagai bahasa memberikan kelebihan kepada semua pelajar merebut peluang ini.
Institut Bahasa Moden, katanya, sentiasa mengambil langkah proaktif dalam menawarkan kursus bahasa yang menjadi permintaan di pasaran. -SM
(Visited 84 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button