MahkamahNasional

Penolong pengurus hotel didakwa cabul kehormatan bekas pembaca berita

Seorang Penolong Pengurus Eksekutif sebuah hotel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini atas pertuduhan mencabul kehormatan bekas pembaca berita yang juga rakan sekerjanya, Julai lalu.

Tertuduh, Mohd Faizal Hussain, 53, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Mengikut pertuduhan, Mohd Faizal didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap bekas pembaca berita berusia 54 tahun itu dengan memegang tangan mangsa dengan tujuan mencabul kehormatannya di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor, pada 1 tengah hari, 13 Julai lalu.

Mohd Faizal didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan denda dan sebatan atau mana-mana dua seksaan itu.

Pendakwaan dikendalikan Siti Maryam Jamilah Md Kamal dan tertuduh diwakili Peguam Nur Afiqah Mohd Ashriee.

Dalam prosiding hari ini, Siti Maryam memohon wang jaminan RM6,000 serta syarat tambahan untuk tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan yang juga rakan sekerja tertuduh.

Nur Afiqah dalam rayuannya memohon jaminan dikurangkan RM1,500 kerana anak guamnya mempunyai enam tanggungan termasuk tiga anak yang masih bersekolah, isteri tidak bekerja serta ibu dan ayah yang sakit.

“Tertuduh hadir ke balai polis sebelum ini untuk memberi keterangan dan kerjasama, saya percaya anak guam tiada risiko melarikan diri.

“Tertuduh mempunyai pendapatan RM9,000 (sebulan) namun akibat digantung kerja sejak minggu lalu tertuduh hanya dibayar separuh daripada gaji itu. (Jaminan) perlu mengambil kira komitmen dan tanggungan tertuduh,” katanya.

Majistret kemudian membenarkan jaminan RM4,000 terhadap tertuduh dan syarat tambahan seperti dicadangkan pihak pendakwaan selain menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 20 November ini. – SUMBER MY METRO – SM

BACA Pembaca berita wanita TV perlu tutup wajah

BACA Astro Awani beri kerjasama siasatan terhadap pembaca berita

(Visited 55 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button