NasionalNegeri

Wan Azizah tak minta plat kereta YAB ISTERI PERDANA MENTERI

SEMUA rakyat Malaysia faham jika ada isteri orang kenamaan hadir ke Sabah maka kerajaan negeri akan menyediakan kenderaan rasmi untuk kegunaan isteri orang kenamaan berkenaan.

Baru-baru ini tular di media sosial gambar yang memaparkan plat kenderaan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang terpampang tulisan ISTERI YAB PERDANA MENTERI di bahagian belakang peletakan plat kenderaan berkenaan.

Apabila gambar itu tular maka Setiausaha Kerajaan Sabah, Safar Untong tampil memberi pencerahan.

Safar berkata, menjadi amalan kerajaan negeri menyediakan kenderaan itu kepada tetamu kenamaan (VIP) semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi ke Sabah.

“Kemudahan kenderaan disediakan termasuk meletak plat kenderaan atas nama gelaran jawatan tetamu dan isteri yang menggunakan kenderaan itu.

“Saya mengambil perhatian hari ini gambar plat kenderaan isteri perdana menteri yang diambil di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu tular di media sosial,” katanya.

Beliau berkata, adalah menjadi amalan kerajaan negeri bertanggungjawab menyediakan kemudahan kenderaan bagi perdana menteri dan isteri.

Kenderaan juga disediakan untuk kegunaan timbalan-timbalan perdana menteri dan isteri serta tetamu VIP ke Sabah semasa lawatan kerja dan lawatan rasmi, katanya menurut laporan Sinar Harian.

Katanya lagi, plat yang ditularkan bukan atas permintaan Dr Wan Azizah.

Terdahulu, video dan gambar memaparkan plat kenderaan “Isteri YAB Perdana Menteri” tular di media sosial dengan tanggapan bahawa Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor didakwa mengampu Perdana Menteri. –  SM

BACA Anwar dan Wan Azizah tersentuh selepas menonton kisah perjuangan mereka

(Visited 154 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button