Sukan

Frank Lampard sah pengurus Everton

Everton yang bergelut dalam Liga Perdana telah mengesahkan bekas bos Chelsea, Frank Lampard sebagai pengganti jangka panjang untuk Rafa Benitez sebagai ketua jurulatih.

Ini bermakna Lampard,dipecat oleh Chelsea lebih setahun lalu kini kembali ke gelanggang.

Memetik Xinhua, Lampard, 43, melatih Derby County selepas menamatkan karier sebagai pemain, telah bersetuju dengan perjanjian selama dua setengah tahun dan mempunyai tugas untuk mengemudi pasukan yang berpangkalan di Liverpool untuk keluar daripada bahaya, selepas separuh pertama musim yang teruk di bawah kendalian Benitez telah meninggalkan mereka dengan hanya 19 mata daripada 20 perlawanan pertama mereka — empat lebih banyak daripada Newcastle United, yang menduduki kedudukan penyingkiran terakhir dengan 15 mata.

Kelab itu juga telah bersetuju dengan Manchester United untuk menandatangani pemain tengah Belanda Donny van der Beek, yang lama tidak beraksi sejak berpindah ke Old Trafford dari Ajax pada musim panas 2020,

Dia bermain kurang daripada 600 minit  di Liga Perdana Inggeris.

Perjanjian itu akan menyaksikan Everton membayar gaji pemain Belanda itu, tetapi tiada pilihan untuk membuat perpindahan kekal pada penghujung kempen apabila Manchester United akan melantik jurulatih baharu untuk menggantikan bos sementara Ralf Rangnick.

Lampard dipecat oleh Chelsea pada Januari tahun lalu selepas gagal mencatat keputusan memberangsangkan sejak membimbing skuad The Blues.

(Visited 217 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button