Ekonomi

Foto Azlee Senario Meniaga Jual Buah Di Saujana Utama Curi Tumpuan Netizen

Carilah rezeki yang halal demi meneruskan kelangsungan hidup dan usahlah mengeluh apabila Allah SWT hadirkan ujian kepada setiap hambaNya yang beriman.

Ayat ini mungkin boleh ditujukan kepada sesiapa sahaja yang sedang merasai kegetiran hidup dan terlupa sesiapa yang cuba mengubah nasibnya, Allah SWT akan membantu.

Cerita artis berniaga demi mencari rezeki halal bukanlah satu perkara baharu namun malangnya, segelintir netizen masih kekal dengan stigma, ‘artis terpaksa berniaga apabila tiada job’.

Pemikiran sebegini sepatutnya dibuang jauh dari masyarakat Melayu Islam dan rakyat Malaysia khususnya kerana ia langsung tidak memberikan aura positif sepanjang tempoh PKP ini.

Bertuah kerana artis itu masih menggunakan kudratnya yang sempurna untuk bekerja berbanding segelintir pihak yang berselindung dengan menjadi raja scammer dan sebagainya.

Baru-baru ini, foto Azlee Senario yang meniaga jual buah di Saujana Utama mencuri tumpuan netizen dan kebanyakannya mendoakan kesejahteraan usaha Azlee.

Menerusi gambar-gambar tersebut, rata-rata netizen kagum Azlee tidak tersenarai sebagai selebriti lagenda yang gemar membuat bising dalam media sosial untuk meminta bantuan.

Ujar seorang pengguna Facebook, Mikael Zayan, melihat sahaja gambar Azlee, dia rasa terinspirasi untuk menjebakkan diri dalam dunia perniagaan secara kecil-kecilan.

“Kalaulah kita boleh bermula dengan berniaga di tepi jalan dan berjaya harungi karenah orang awam, berkat kesabaran itu pasti memberikan nilai yang lebih mahal daripada segalanya,” tulis Mikael.

(Visited 683 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button