Nasional

Formula Bossku untuk KWSP

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kebenaran pengeluaran RM10,000 oleh pencarum KWSP tidak mustahil dilakukan dan tidak membebankan kewangan institusi berkenaan.

Najib yang popular dengan panggilan Bossku, berkata, beliau beritahu Dewan Rakyat bagaimana untuk melakukannya tanpa memberi impak kepada bajet/defisit kerajaan atau kepada KWSP.

“Jika 4 juta pencarum (seperti jumlah yang pohon skim i-Lestari) mengeluarkan jumlah maximum RM10k dari akaun 1, ianya adalah RM40 bilion.

“Hampir separuh pegangan aset KWSP sebanyak RM940 bilion atau sekitar RM470 bilion adalah dalam bentuk bon kerajaan dan bon swasta,” katanya.

Bon, katanya, adalah kelas aset kewangan yang mudah dicairkan sebab ada nilai dan ada pasarannya.

“Saya cadang BNM terus membeli bon kerajaan bernilai RM40 bilion yang dipegang KWSP supaya ianya tidak memberi impak mengejut kepada pasaran bon tempatan supaya KWSP ada aliran tunai untuk membayar mereka yang mohon pengeluaran RM10k itu.

“Ini adalah dibenarkan di bawah undang-undang negara dan termaktub dalam mandat BNM,” katanya.

Dan untuk memulihkan simpanan KWSP setelah krisis Covid selesai dan ekonomi Malaysia memulih, kerajaan boleh:

1) Kerajaan memberi projek lebih lumayan kepada KWSP sebagaimana dilakukan oleh kerajaan BN dahulu masa saya PM sehingga dividen tahunan KWSP menjadi paling tinggi sejak 20 tahun lalu.

2) Menaikkan semula kadar caruman KWSP bagi majikan dan pekerja.

3) Mengkaji semula struktur bayaran dividen di mana mereka yang mempunyai baki simpanan lebih rendah akan dibayar kadar dividen lebih tinggi.

Okay. Langkah mana yang amat sukar atau mustahil untuk dijalankan?

a) Suruh BNM beli bon kerajaan dipegang KWSP?

b) Kerajaan beri projek lebih lumayan kepada KWSP?

c) Naikkan semula kadar caruman yang telah diturunkan sebelum ini?; atau

d) Mengkaji semula struktur dividen?

e) Kesemua di atas

Yang mana?

(Visited 185 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button