Nasional

Bapa rogol dua anak perempuan ditahan selepas salah seorang dari anaknya hamil

BAPA yang telah merogol dua kanak-kanak perempuan sejak enam tahun lalu ditahan pihak berkuasa apabila salah seorang daripada mereka hamil.

Lelaki berusia 53 tahun itu dipercayai merogol kedua-dua anak perempuannya berusia 12 dan 15 tahun sejak 2017 di sebuah rumah dekat Jeram di sini.

Suspek dikatakan telah merogol salah seorang mangsa sejak dia berusia sembilan tahun dan perbuatan kejam itu dipercayai kerap berlaku di rumah mereka.

Sepanjang tempoh itu, kedua-dua beradik itu dipercayai telah digunakan sebagai hamba seks oleh bapa mereka sendiri dengan kejadian rogol terbaharu berlaku awal bulan ini.

Difahamkan, mangsa takut untuk menceritakan kejadian itu kepada sesiapa sehingga tindakan keji bapa terbongkar, apabila anak sulung daripada dua beradik itu mengadu mengalami kesakitan dan menjalani pemeriksaan di hospital.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan pegawai perubatan, mangsa didapati mengandung.

Beliau berkata, susulan laporan polis yang dibuat, suspek ditahan semalam bagi membantu siasatan.

“Suspek telah ditahan reman selama seminggu bermula semalam. Polis sedang merakam kenyataan daripada mangsa bagi melengkapkan siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dengan maksimum 10 sebatan jika sabit kesalahan. -SM

Baca juga : 5 pendaki, pengawal keselamatan diselamatkan dari Bukit Makro selepas tanah runtuh

(Visited 83 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button