Politik

PRN Pulau Pinang 12 Ogos, keputusan dipertaruhkan kaki judi

BOOKIE atau kaki judi ada dimana-mana, daripada sukan sehinggalah kepada keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang mana kelompok ini membuat pertaruhan keputusan beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Pulau Pinang, 12 Ogos, Sabtu ini.

Kegiatan mereka dihidu dan Polis mengesan berlakunya kegiatan pertaruhan keputusan beberapa kawasan DUN pada PRN Pulau Pinang.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, bagaimanapun setakat ini tiada sebarang penahanan dilakukan namun pihaknya sedang memantau rapi kegiatan tersebut.

“Berdasarkan apa yang kita (polis) pantau, ada kegiatan pertaruhan keputusan yang dipercayai dilakukan dalam skala kecil.

“Berdasarkan siasatan, ia tidak melibatkan mana-mana sindiket perjudian tetapi pertaruhan hanya kecil-kecilan,” katanya kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian awal PRN membabitkan polis kontinjen Pulau Pinang, hari ini.

Seramai 6,451 pegawai dan anggota terlibat dengan pengundian awal di 28 pusat mengundi melalui 33 saluran di IPK Pulau Pinang serta lima IPD.

Khaw berkata, jumlah kawasan panas yang dikesan di Pulau Pinang kekal dua iaitu DUN Permatang Pasir di bawah Parlimen Permatang Pauh dan DUN Bayan Lepas bawah Parlimen Balik Pulau.

”Polis akan kekalkan kawalan di dua kawasan DUN tersebut dan kita lihat tidak ada keperluan setakat ini untuk menambah anggota atau pegawai di sana kerana semua dalam keadaan baik, lancar serta tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Insiden kecil tu adalah tetapi tidak sampai menggugat ketenteraman dan kegusaran awam. Semuanya dalam kawalan,” jelasnya.

Beliau berkata, setakat hari ini, proses berkempen di seluruh negeri Pulau Pinang berjalan lancar. – SM

BACA PRN: Kon Yeow dedahkan PH & UMNO Pulau Pinang bersatu, ‘tidak bercakaran’

(Visited 111 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button