Nasionalpilihan

Fokus pada rakyat dahulu, tak perlu polemik politik tak menguntungkan – Annuar Musa

KEUTAMAAN sekarang adalah untuk memberi fokus kepada kerja-kerja membantu rakyat dan tidak perlu polemik politik yang tidak menguntungkan.

Itu pendirian yang ditegaskan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkenaan dengan isu politik sekarang termasuklah yang melibatkan dirinya.

Malah, Annuar juga memaklumkan yang dia akan memanggil semua Ahli Parlimen dari pelbagai parti politik di dalam Wilayah Persekutuan pada esok untuk membincangkan perkara-perkara yang boleh membantu rakyat.

“Esok saya akan berjumpa dengan Ahli-ahli Parlimen DAP, PKR dan lain-lain parti dalam wilayah untuk kita duduk dan berbincang berkenaan apa yang kita boleh buat untuk bantu rakyat. Rakyat tengah susah.

“Esok saya nak bincang dan dapatkan pandangan mereka bagaimana kita nak membuka Kuala Lumpur nanti dengan prosedur operasi standard (SOP) yang baru selepas kita mencapai herd immunity,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas melawat Rumah [email protected] Seasons yang memulakan operasinya pada hari ini.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, dia yakin negara akan mencapai herd immunity pada awal bulan hadapan dan rakyat ketika itu perlu hidup dengan Covid-19.

“Kuala Lumpur akan dibuka semula kepada semua tetapi kita perlu pastikan yang kepatuhan kepada SOP akan menjadi sebahagian daripada gaya hidup ketika itu.

“Malah, sebelum Kuala Lumpur dibuka semula kepada semua juga, saya akan pastikan semua warga ibu kota mesti diberikan vaksin.

“Saya akan turun cari mereka dan pastikan tiada sesiapa yang tidak tertinggal daripada divaksin supaya bila Kuala Lumpur dibuka semula, semua akan terlibat,” katanya. -SM

(Visited 42 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button