
Flip 7: Kecil-Kecil Tapi Padu!
KUALA LUMPUR: JBL memperkenalkan model terbaharunya, JBL Flip 7, yang kini tampil dengan ciri ketahanan tinggi, bunyi pintar serta reka bentuk mudah alih yang menjadikannya teman ideal untuk gaya hidup aktif—baik di rumah mahupun di luar.
Model Flip 7 masih mengekalkan reka bentuk silinder ikonik JBL, namun hadir dengan penambahbaikan praktikal seperti bumper penutup hujung yang lebih tebal untuk perlindungan daripada jatuh, serta sistem PushLock carabiner yang menawarkan kemudahan dan keselamatan tambahan ketika dibawa ke mana-mana.
Dengan penarafan IP68, Flip 7 tahan sepenuhnya terhadap habuk dan air, malah mampu bertahan tenggelam di dalam air sehingga satu meter selama 30 minit. Dalam ujian ketahanan, peranti ini terus memainkan lagu “One More Time” oleh Daft Punk meskipun terjatuh ke lantai simen—tanpa sebarang gangguan.
Berat hanya 0.56 kg, Flip 7 mudah dibawa dan disimpan dalam pelbagai jenis beg. Hayat baterinya juga mengagumkan, menawarkan sehingga 14 jam masa bermain standard, atau 16 jam menggunakan mod Playtime Boost, dengan masa pengecasan penuh hanya sekitar 2.5 jam.
Dari segi prestasi audio, Flip 7 dilengkapi dengan JBL Pro Sound dan teknologi AI Sound Boost yang menganalisis dan melaraskan bunyi secara masa nyata, memastikan kejelasan dan kedalaman bunyi yang optimum—sama ada mendengar muzik balada atau rentak EDM yang rancak.
Pengguna turut boleh memanfaatkan aplikasi JBL Portable untuk menyesuaikan profil audio menerusi penyamaan 7 jalur, pratetap bunyi, dan kawalan berbilang pembesar suara menggunakan platform Auracast untuk sambungan serentak pelbagai peranti.
Spesifikasi Utama JBL Flip 7:
- Dimensi: 182.5 x 69.5 x 71.5 mm
- Berat: 0.56 kg
- Bluetooth: Versi 5.4
- Transduser: Tweeter 16mm, Woofer 45 x 80mm
- Kuasa Output: 35W
- Hayat Bateri: Sehingga 16 jam
- Kalis Air/Habuk/Titis: IP68
- Pilihan Warna: Hitam, biru, putih, merah, skuad, merah jambu, ungu, dan hitam funky
JBL Flip 7 kini boleh didapati di laman rasmi www.jblonlinestore.com.my pada harga RM799.