Hiburan

Fizo Omar tegur kerajaan negeri mengenai kualiti air di Kelantan

WAH! Hebat sungguh artis Malaysia hari ini apabila mereka dengan lantang dan terbuka mengkritik kerajaan negeri walaupun isu yang dilontarkan itu sebenarnya sudah lama dan sebati dengan rakyat Negeri Kelantan.

Pelakon Fizo Omar hari ini menyatakan, kerajaan negeri harus berbuat sesuatu bagi memperbaiki mutu dan kualiti air di negeri cik siti wan kembang itu.

Memanglah sebagai rakyat negeri, Fizo berhak untuk bersuara dan atas dasar itulah juga, dia memilih platform media sosial Instagramnya untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kualiti air di Kelantan.

Cuma dakwaan Fizo mengenai masalah bekalan air tercemar di Kelantan itu adalah satu kenyataan yang agak meragukan.

Rasanya bukan bekalan air tercemar sebaliknya kualiti atau mutu air yang dibekalkan kepada pengguna, itu yang perlu ditambahbaik oleh pihak yang berwajib.

Fizo memberitahu dia bukannya merungut tetapi sebagai rakyat negeri Kelantan, dia merasakan bahawa di patut bersuara mengenai kualiti air.

“Masalah air ini bukanlah satu masalah yang baharu tetapi sudah berpuluh-puluh tahun dan air sepertimana yang kita semua tahu ialah keperluan harian. Jadi tiada pilihan lain selain daripada menerima air yang disalurkan daripada paip-paip kerajaan,” ujarnya.

Fizo melalui Instagramnya turut berkongsi dengan umum rakaman video yang memaparkan visual air paip di sebuah bilik mandi yang sangat kotor. – SM

(Visited 368 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button