Luar Negara

Firma teksi Paris gantung Tesla selepas kemalangan maut

FIRMA teksi terbesar di Paris berkata semalam bahawa ia akan menggantung penggunaan Model 3 Tesla selepas kemalangan maut di ibu negara Perancis pada hujung minggu lalu.

Ini kerana seorang pemandu telah hilang kawalan kereta Tesla yang dipandunya pada malam Sabtu di Paris telah menyebabkan seorang terkorban, 20 cedera dan tiga orang sedang kritikal dalam rawatan rapi (ICU).

Pendakwa raya Paris membuka penyiasatan terhadap tuduhan membunuh dan kecederaan yang tidak disengajakan.

Pada mulanya disangka terdapat kerosakan seperti pemecut yang tersangkut kerana melihat kepada kelajuan dan trajektori kereta itu yang melanggar pelbagai objek.

Syarikat teksi G7 yang mendakwa sebagai firma terbesar di Eropah di laman webnya, berkata, 37 daripada pemandunya menggunakan Tesla Model 3, dan model Tesla lain kekal dalam perkhidmatan.

Selepas menyemak data kenderaan yang terhempas itu, Tesla menafikan sebarang masalah teknikal dengan kereta itu.

Ketika dihubungi media, kumpulan dari AS berkata ia akan berkongsi semua butiran dengan pihak berkuasa Perancis jika diminta.

Rekod keselamatan Tesla telah dipersoalkan pada masa lalu berhubung beberapa siri kemalangan maut yang dikaitkan dengan program bantuan pemandu autopilot kereta tersebut, yang boleh mengemudi, membrek dan memecut kenderaan sendiri. – SM

(Visited 337 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button