Nasional

E-learning: Kekangan internet pendidik, pelajar

TIDAK dinafikan, warga pendidik sama ada di peringkat pengajian tinggi ataupun sekolah berhadapan kesukaran untuk menyempurnakan tugas pembelajaran dan pengajaran di rumah.

Walaupun negara kini berhadapan pandemik Koronavirus (Covid-19) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pensyarah serta guru tidak mengecualikan tugas mereka.

[BACA] Pelajar Tingkatan 6, diploma dapat bantuan ‘one-off’ RM200 – Suara Merdeka

Malah, pelbagai saluran alternatif diguna bagi menyampaikan ilmu kepada mahasiswa dan murid mengikut perancangan pembelajaran yang direncana.

Bagaimanapun, kesulitan tetap timbul apabila mereka berhadapan pelbagai kekangan bagi memastikan pembelajaran dapat disempurnakan.

Menurut, Setiausaha Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya, Dr. Noraishah Mydin Abdul Aziz, kerajaan harus memastikan kemudahan internet boleh diakses oleh semua peringkat masyarakat.

Katanya, menteri melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) perlu menangani masalah terkini dan memastikan mekanisme pembelajaran efektif berterusan boleh berlaku semasa tempoh PKP.

“Kekangan yang dihadapi oleh seluruh warga institusi pengajian tinggi (IPT) dengan bilangan keluarga dan saiz kediaman yang berbeza dalam melaksanakan kerja dari rumah perlu dihargai dan dipertimbangkan.

“Banyak yang perlu diselesaikan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang sempurna,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

[BACA] Covid-19 ‘telanjangkan’ kelemahan e-learning institusi pendidikan — Suara Merdeka
[BACA] Pensyarah IPTS bidas Menteri KPT — Suara Merdeka

Beliau berkata demikian mengulas kaedah kerja dan pembelajaran dari rumah ketika pelaksanaan PKP bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Terdahulu, ahli akademik, Mohd. Amirul Akhbar Mohd. Zulkifli, menjelaskan pandemik itu mendedahkan masalah e-learning institusi pendidikan.

Menurut beliau, tiada platform khusus dan komprehensif menyebabkan aplikasi pihak ketiga yang berisiko dijadikan saluran alternatif.

Tambah Noraishah Mydin, warga pendidik tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada platform pihak ketiga sebagai saluran alternatif kerana risiko kebocoran maklumat.

“Sejurus selepas kita dikejutkan oleh drama penggunaan aplikasi Zoom oleh ramai warga IPT yang menyebabkan data dicuri oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Kini KPT sekali lagi bersifat tidak bertanggungjawab dengan menggalakkan penggunaan aplikasi TikTOk yang diketahui umum sedang menghadapi proses saman,” tegasnya.

Selain itu, beliau juga menyeru menteri bertanggungjawab mendapatkan nasihat daripada ahli akademik dalam mencari penyelesaian kepada masalah tersebut.

Sebelum itu Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan Malaysia perlu memberi tumpuan untuk merombak secara radikal sistem penyampaian kerajaan.

[BACA] Kita perlu CDCP nasional, bukan lagi ‘ad-hoc’ – Tok Mat — Suara Merdeka
[BACA] Covid-19: SOP tunggu giliran perlu diubah – Pensyarah — Suara Merdeka

Beliau berkata, sistem pembelajaran negara gagal beralih ke ‘online mode’ dengan pantas menyebabkan banyak masa terbuang dan gagal dimanfaatkan. – SM

(Visited 465 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button