Politik

PKP tunjuk kejayaan, PH mahu kerajaan longgar pergerakan ikut zon

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) perlu dilonggarkan mengikut zon berikutan pelaksanaannya yang mula menampakkan kejayaan untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 dan melandaikan lekuk epidemik

Majlis Setiausaha Pakatan Harapan berkata, beberapa petujuk memperlihatkan kejayaan pelaksanaan PKP. Ini termasuk jumlah katil hospital untuk pesakit serta kemudahan ICU termasuk jumlah alat bantuan pernafasan berada pada tahap memuaskan.

Kadar penyembuhan juga dilaporkan tinggi iaitu 33 peratus manakala jumlah kematian 1.6% daripada jumlah keseluruhan mereka yang dijangkiti COVID-19.

“Berdasar pencapaian sehingga hari ini maka adalah wajar bagi Kerajaan menimbangkan pendekatan mengembalikan suasana kehidupan rakyat.

“Di mana sebahagian aktiviti ekonomi boleh dibenarkan untuk membantu memulihkan ekonomi serta pendapatan rakyat,” kata Majlis itu dalam satu kenyataan.

BACA

Majlis itu berpandangan, sekiranya PKP diteruskan selepas 14 April beban ekonomi khususnya terhadap Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan kumpulan B40 dapat dibantu dengan memperkenalkan zon hijau Covid-19.

Penduduk di zon tersebut perlu dibenarkan menjalankan aktiviti ekonomi seperti membuka gerai makanan, pasar tani, bengkel kereta dan sebagainya. Mereka tertakluk kepada syarat-syarat dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Kawalan rapi perjalanan keluar masuk ke kawasan hijau dikekalkan oleh pasukan keselamatan.

“Syarat-syarat dan garis panduan KKM berkait urusan penjarakan sosial, kebersihan diri, pemakaian penutup muka (face mask) serta larangan majlis keramaian atau perhimpunan orang ramai dikekalkan,” kata kenyataan tersebut.

Menurut Majlis Setiausaha PH, langkah tersebut akan memberi galakan kepada rakyat terutama di zon hijau untuk terus mematuhi PKP, mengurangkan jangkitan, serta mula memulihkan ekonomi setempat.-SM

(Visited 159 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button